Angka Thai
Angka utamaNol hingga sembilanNol dalam Bahasa Thai disebut sun, yang berasal dari Bahasa Sanskerta śūnya (kosong). Penyebutan Thai bagi Angka “dua” hingga “sembilan” menyamai penyebutan dalam bahasa Kanton yang dituturkan di selatan China, yang dianggap tempat asal bangsa Tai. Ia juga hampir menyamai penyebutan dalam kelompok bahasa Min Nan (Bahasa Teochew/Bahasa Hokkien), mungkin kerana kerana kebanyakan orang Cina Thai adalah dari suku Teocheow. Bagaimanapun, bentuk digit angka Thai adalah lebih menyerupai angka Khmer. Berikut adalah perbandingan antara penyebutan ketiga-tiga bahasa; Thai, Kanton dan Min Nan . Untuk penyebutan Thai, Sistem Transkripsi umum Kerajaan Thai (RTGS) digunakan.
[lit. = penyebutan literal] Sepuluh hingga satu jutaKata Sanskerta “lakh” menentukan notasi posisional bagi satu angka (tam naeng khong thua lek, ตําแหน่งของตัวเลข), yang dinamakan untuk perpangkatan sepuluh: posisi angka adalah lakh nuay (หลักหน่วย); “puluhan” adalah lakh sip (หลักสิบ); “ratusan” adalah lakh roi (หลักร้อย), dan seterusnya.[1] Angka satu setelah sepuluh akan disebut et (Kanton: 一, yat1; Minnan: 一, it4). Angka sepuluh (sip) adalah sama seperti dalam bahasa Min nan 十 (sip8, lit.). Angka dari 20 hingga 29 akan bermula dengan yi sip (Kanton: 二十, yi6sap6; Minnan: 二十, lit. ji7sip8). Nama lakh sip untuk nombor dari 30 hingga 90, dan untuk lakh 100, 1000, 10,000, 100,000 dan satu juta, hampir seperti angka Khmer.
Untuk Angka 21 hingga 29, bagian yang menyatakan “20”: yi sip (ยี่สิบ), yang biasa dipendekkan menjadi yip (ยีบ, ยิบ). Angka “ratusan” dibentuk dengan menggabungkan roi dengan nilai “puluhan” dan “satu”. Contohnya, 232 ialah song roi sam sip song. Kata roi, phan, muen, dan saen wajib dimulai dengan angka (tidak wajib untuk nueng), maka 210 disebut song roi sip dan 100 boleh disebut samada roi saja atau nueng roi. Nueng tidak akan mendahului sip, jadi penyebutan song roi nueng sip untuk 210 adalah tidak tepat. Penutur ibu Thai kadang-kadang menggunakan roi nueng (atau phan nueng, etc.) dengan nada yang berbeda untuk nueng untuk membedakan 100 dengan 101 (atau 1001,10001 dan seterusnya). Namun, penggunaan nada berbeda ini biasa tidak dibuat sehingga menyebabkan kekeliruan. Untuk mengatasi masalah ini, nombor 101 (atau 1001, 10001, dan seterusnya), akan disebut roi et (atau phan et, muen et, dan seterusnya) Bilangan diatas satu jutaAngka melebihi satu juta akan dibentuk dengan mengkalikan lan (satu juta) dengan suatu angka. Sebagai contoh, 100,000,000 adalah sip lan (10x1,000,000), dan satu triliun adalah lan lan (1,000,000x1,000,000). Bilangan desimal dan pecahanDesimal dalam angka Thai disebut chut(จุด, koma). Sebagai contoh, 1.01 disebut nueng chut sun nueng (หนึ่งจุดศูนย์หนึ่ง). Pecahan dibentuk dengan meletakkan nai (ใน, per) antara pembilang dan penyebut atau menggunakan [set] x suan y ([เศษ] x ส่วน y, x bagian dari keseluruhan y) untuk menyatakan dengan lebih jelas. Contohnya, ⅓ boleh disebut nueng nai sam (หนึ่งในสาม) atau [set] nueng suan sam ([เศษ]หนึ่งส่วนสาม). Kata khrueng (ครึ่ง) digunakan untuk "setengah". Ia di depan kata hitung jika digunakan secara tunggal, tetapi ia di belakang kata hitung jika digunakan dengan nombor lain. Sebagai contoh, kradat krueng phaen (กระดาษครึ่งแผ่น) bermaksud "setengah lembar kertas", tetapi kradat nueng phaen krueng (กระดาษหนึ่งแผ่นครึ่ง) bermaksud "satu setengah lembar kertas". Bilangan negatifBilangan negatif dibentuk dengan meletakkan lop (ลบ, minus) di depan sesuatu angka. Contohnya, −11 ialah lop sip et (ลบสิบเอ็ด). Nombor ordinalNombor ordinal dibentuk dengan meletakkan thi (ที่, place) di hadapan nombor.
Rujukan
Lihat jugaPranala luar
|