Share to:

 

Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan
Jenis Program Memartabatkan Bahasa
Singkatan BBK
Pemrakarsa Dewan Bahasa dan Pustaka
Status Aktif
Pendirian
1960-an
Situs web Bulan Bahasa Kebangsaan DBP[pranala nonaktif permanen]

Bulan Bahasa Kebangsaan adalah suatu program yang memfokuskan kampanye cintai bahasa Melayu di Malaysia yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbagai bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang bisa memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktis dan realistis.

Tujuan utama

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan memamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Waktu pelaksanaan

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.[1]

Sejarah

Pada asalnya program seumpama ini telah dijalankan sepanjang dasawarsa 60-an bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan. Kampanye ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang pada ketika itu ialah Wakil Perdana Menteri Malaysia.

Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga kini.

Rujukan

Lihat pula

Pranala luar

Kembali kehalaman sebelumnya