Tata bahasa Melayu
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
MorfologiMorfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini karena kedua-dua adalah berbeda dari segi fungsi dan konsep. MorfemMorfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri dari satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, yaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri dari beberapa morfem. Morfem bisa dibagi dua, yaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem terikat/imbuhanMorfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
Proses terbentuknya ayat berawal dari morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT Proses pembentukan kataGolongan kataTemplat:Selanjutnya Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kata kumpulan, yaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula ialah kumpulan kata tertutup contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. SintaksisSintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. AyatUntuk rencana lanjutan, lihat Jenis Jenis Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
FrasaFrasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran. Lihat juga |