Share to:

 

Terbaik Bagimu

"Terbaik Bagimu"
Lagu oleh Siti Nurhaliza
dari album Fragmen
Dirilis15 Oktober 2014 (Digital)
14 April 2014 (2014-04-14) (Persembahan secara langsung)
FormatMuat turun digital
Direkam
GenrePop
Durasi4:10
LabelSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
PenciptaAde Govinda
ProduserAde Govinda, Aubrey Suwito

Terbaik Bagimu adalah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza. Ini merupakan single ketiga dari album ke-17 Fragmen. Lagu ini diciptakan oleh Ade Govinda, seorang komposer dan penulis lirik dari Indonesia.

Ditampilkan kali pertama saat konser Dato' Siti Nurhaliza - Live In Singapore pada 14 April, lagu ini berkisah tentang perasaan seorang isteri yang sedang berusaha menjadi yang terbaik untuk suaminya tetapi masih merasakan belum mampu. Lagu ini dirilis secara resmi sebagai single pada 15 Oktober 2014 dalam rangka promosi album Fragmen di Indonesia. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk drama Melayu 14 episode, Nasuha disiarkan di TV9 pada 3 Februari 2015. Pada bulan Mac 2015, ia juga telah dipilih sebagai lagu tema untuk film televisi Melayu, Talak, di TV3.

Pada 5 September 2014, Terbaik Bagimu dinominasikan dalam kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) dalam Anugerah Planet Muzik di Singapura. Biarpun tidak merilis musik video resmi, sebuah video lirik lagu ini telah dikeluarkan pada 4 Mei 2015.

Latar belakang dan rakaman

Lagu ini rancak, segar dan tidak sukar dihayati. Lirik lagu ini merupakan kisah pengorbanan seorang isteri. Diambil dari pengalaman saya sendiri. Saya ingin lagu ini dapat menjadi inspirasi bagi wanita-wanita di mana saja. Bahawa kita harus memberikan yang terbaik, tak ada batasannya. Jika saya boleh, maka wanita lain pun boleh.

— Siti Nurhaliza semasa merakamkan Terbaik Bagimu[1]

Semasa rekaman album Fragmen, Siti menerima tawaran lagu dari Universal Music Malaysia yang kemudian diterima.

Dia juga mengungkapkan bahwa judul asal, Masih Kurang, dan bagian-bagian tertentu dalam lirik diubah untuk menyampaikan konotasi yang lebih positif.[2] Dia meminta izin Ade untuk mengubah beberapa elemen lirik dan memberikan jdul semula lagu sebelum merekamnya.[2]

Komposisi dan lirik

Persembahan secara langsung "Terbaik Bagimu" oleh Siti dalam rancangan MeleTOP pada 17 Februari 2015.

Sebuah lagu tempo perlahan, "Terbaik Bagimu" berdurasi selama empat minit dan sepuluh saat.[3] Ditulis oleh Ade Govinda dan digubah oleh Ade dan Jeje Govinda,[3] lirik lagu ini menceritakan bagaimana seorang isteri merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun ketika dia sedang cuba untuk menjadi yang terbaik untuk suaminya.[4]

Peluncuran dan promosi

Sebelum Peluncurannya sebagai singlle, lagu itu ditampilkan kali pertama oleh Siti di konser "Dato 'Siti Nurhaliza - Live in Singapore" pada 14 April 2014.[5] Pada 15 Oktober 2014, lagu itu diumumkan sebagai single seterusnya dari Fragmen dalam rangka kunjungan Siti untuk mempromosikan Fragmen untuk pasaran Indonesia.[6] Semasa lawatan promosi di Indonesia, dia menampilkan lagu Terbaik Bagimu secara termasuk pelbagai penampilan langsung untuk acara televisi "Seluruh Cinta", single utamanya dari album Fragmen untuk pasaran Indonesia.[7][8][9]

Di Malaysia, lagu itu juga telah dipromosikan secara meluas di antaranya dalam konsert unplugged 2015 Siti pada 7 April 2015 dan pameran Istimewa Hari Ibu, "Mother's Day Miracle Night with Dato' Siti Nurhaliza" pada 15 Mei 2015.[10][11] Lagu ini menjadi pilihan di kalangan sineas Malaysia. Ia dipilih sebagai lagu tema dua kali untuk dua program berbeda dengan dua stasiun televisi pada 2015. Pada 3 Februari 2015, Terbaik Bagimu telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama Melayu 14 episod, Nasuha, disiarkan di TV9.[12] Sebulan kemudian, pada 22 Mac 2015, ia telah dipilih sebagai lagu tema untuk telefilem Melayu, Talak di TV3.[13][14][15][16][17][18]

Versi lagu saduran

Terbaik bagimu ialah satu daripada dua lagu yang dipilih oleh pemenang Ceria Popstar 3, Dayang Izyan Zawanie Iraril untuk menyanyikannya di konsert akhir Ceria Popstar 3 pada 12 Jun 2015.[19]

Kredit

kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Fragmen.[3]

  • Ade Govinda – penulis lirik, komposer
  • Aubrey Suwito – penerbitan, rakaman
  • Siti Nurhaliza – vokal
  • Eko Sulistiyo – adunan
  • Ferry EFKA – string, keyboard
  • Jeje Govinda – komposer
  • Rakaman untuk dram, gitar dan bass telah dilakukan di Casino Records.

Tangga lagu

Carta (2015) Kedudukan

carta

Carta Lagu Top 30 Malaysia[20] 12

Anugerah

Tahun Anugerah Penerima dan pencalon Kategori Keputusan Negara Hos
2014 Anugerah Planet Muzik[21] "Terbaik Bagimu" Kolaborasi Terbaik (Lagu) Nominasi Singapura

Singapura

Rujukan

  1. ^ Vallesca Souisa (22 November 2014). "Penggalan Kisah Siti Nurhaliza Dituangkan Dalam Album Fragmen". TabloidBintang.com. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  2. ^ a b Kapan Lagi Staff (30 Mei 2014). "Siti Nurhaliza Sempat Ganti Judul Lagu Ciptaan Ade Govinda". KapanLagi.com. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  3. ^ a b c Fragmen (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2014. 
  4. ^ Kapan Lagi Staff (30 Mei 2014). "Hebat, Ade Govinda Ciptakan Lagu Untuk Siti Nurhaliza". KapanLagi.com. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  5. ^ Naadiah Bte Mohamad Munir Badib (14 April 2014). "Dato' Siti Nurhaliza live in Singapore — 3.5/5". Today. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  6. ^ GilaMuzik Admin (15 Oktober 2014). "Siaran Media : Terbaik Bagimu – Dato' Siti Nurhaliza". GilaMuzik.com. Diakses tanggal 2015-06-14. [pranala nonaktif permanen]
  7. ^ Hannie Susanti (Producer) & Gerryndra Danurwendo (Producer) (20 Oktober 2014). Persembahan Cinta 23 (Motion Picture). Indonesia: MNCTV. 
  8. ^ Armen E. Basauli (Producer) (21 Oktober 2014). dahSyat (Motion Picture). Indonesia: RCTI. 
  9. ^ Wishnutama (Director) (1 November 2014). Sarah Sechan (Motion Picture). Indonesia: NET. 
  10. ^ Shazryn Mohd Faizal (8 April 2015). "Siti Nurhaliza terus lengkapkan portfolio". The Rakyat Post. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2015-06-26. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  11. ^ Shazryn Mohd Faizal (20 Mei 2015). "Air mata Siti Nurhaliza tumpah lagi". The Rakyat Post. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2015-07-11. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  12. ^ Budiey (29 Januari 2015). "Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla". Budiey.com. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  13. ^ Kas Rohan (Pengarah) (22 Mac 2015). Talak (Telemovie). Malaysia: TV3. 
  14. ^ Rumpun Records (8 Mei 2015). "Dato' Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu (Video Lirik)". Rumpun Records. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  15. ^ Eddino Abdul Hadi (13 April 2014). "Concert review: Siti Nurhaliza thrills Singapore fans with first concert here in six years". The Straits Times. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2014-04-18. Diakses tanggal 2014-11-15. 
  16. ^ Dini Putri (Director), Tiruma Imelda (Producer) & Jahja I. Rianto (Executive Producer) (21 Oktober 2014). Inbox (Motion Picture). Indonesia: SCTV. 
  17. ^ Era FM's Admin (22 November 2014). "Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu (Acoustic)". Diakses tanggal 2015-06-14. 
  18. ^ MeleTOP Admin (17 Februari 2015). "MeleTOP Debaran #AME2015 - Episod Penuh Ep120 (17.2.2015)". Diakses tanggal 2015-01-06. 
  19. ^ Feride Hikmet Atak (13 Jun 2015). "Dayang Juara 'Ceria Popstar 3' (Dayang the Winner of 'Ceria Popstar 3'". mStar. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2015-06-16. Diakses tanggal 2015-06-14. 
  20. ^ Music Weekly Staff (30 Mac 2015). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2015-03-31. Diakses tanggal 2017-02-24. 
  21. ^ Murai Staff (5 September 2014). "Senarai Pencalonan Akhir Anugerah Planet Muzik 2014". Murai.com.my. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2015-04-21. Diakses tanggal 2015-06-15. 

Pranala luar

Kembali kehalaman sebelumnya