Agus Harimurti Yudhoyono
Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 10 Ogos 1978 di Bandung, Barat Jawa) merupakan anak sulung kepada Susilo Bambang Yudhoyono dan Kristiani Herawati.[1] Beliau tamat belajar di Sekolah Tinggi Taruna Nusantara pada tahun 1997 dan Akademi Militer pada tahun 2000. Beliau merupakan pemegang Pingat Adhi Makayasa (pelajar terbaik di Akademi Militer), sama seperti bapanya. Pada Julai 2006, Agus menamatkan pelajarnya dari Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik di Singapura, sebelum ke Universiti Harvard.[2] Pada September 2009, Susilo Bambang Yudhoyono telah memberi ucapan di Harvard Kennedy School dan berjenaka bahawa Agus menjadi "seorang lagi pelajar Harvard yang bekerja untuknya" selepas beberapa menteri dan jeneral tentera yang bekerja dengannya merupakan graduan Harvard.[3] Agus mengahwini Annisa Pohan pada 8 Julai 2005.[4][5] Mereka dikurniakan anak pertama, Almira Tunggadewi Yudhoyono, pada 17 Ogos 2008.[6] Selepas 16 tahun berkhidmat di dalam tentera, Agus meletakkan jawatan pada tahun 2016 dengan pangkat Mejar untuk menjadi calon Gabenor Jakarta bagi Demokrat dalam Pilihan Raya Gebenor Jakarta 2017,[7] dengan Sylviana Murni sebagai rakan gandingannya.[8] Beliau telah disokong oleh Partai Demokrasi, Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), dan Partai Amanat Nasional (PAN).[9] Beliau menduduki tempat ketiga dengan undian 17.06% di belakang Basuki Tjahaja Purnama dan Anies Baswedan.[10] Rujukan
|