Ustaz Amaluddin Darus merupakan ahli politik Malaysia kelahiran Kedah. Beliau antara pemimpin awal parti PAS seangkatan dengan Ahmad Fuad Hassan, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad, Yusof Rawa,dan Abu Bakar Hamzah. Beliau banyak menulis rencana dan buku berkaitan dengan politik semasa pada zamannya. Beliau termasuk dalam kalangan kumpulan awal Senator di Dewan Negara, Malaysia.
Negara digemparkan dengan cubaan anak lelaki beliau yang sedang giat menyebarkan agama Ahmadi di platfom media sosial pada 2024. Agama Ahmadi membatalkan syariat solat fizikal, mengagungkan Saidina Ali ra secara berlebihan dan banyak lagi yang menyimpang dari Islam aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Anak lelaki beliau juga mendakwa Allahyarham Amaluddin Darus adalah seorang Islam Syiah yang telah difatwakan sesat oleh majlis fatwa kebangsaan. Parti PAS belum mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengesahkan kenyataan anak lelaki Allahyarham Amaluddin Darus ini.
Mengembangkan PAS di Kelantan
Amaludin Darus berusaha mengembangkan PAS di Kelantan sejak 1953 dengan pergi ke sana terutama di Pasir Mas. PAS ditubuhkan di Pasir Mas pada 23 Julai 1953 hasil usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Badullah Ahmad , Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik. Amaluddin Darus menjadi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu.
PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 di Kelantan tapi kesemuanya kalah. Beliau tidak pula bertanding. Hanya Tuan Haji Tuan Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian,Perak.
Kebangkitan PAS di Kelantan berkait dengan semangat menentang penjajahan British sebelumnya. Antaranya ialah perjuangan Tok Janggut. API diharamkan oleh British dan ramai pemimpinnya ditangkap.PAS ditubuhkan di Kelantan pada 1951 dan kembalinya Mohamad Asri dari Maahad Ehya Al-Syariff ke Kelantan,meningkatkan lagi semangat mereka.
Meninggalkan PAS
Beliau meninggalkan PAS pada 1977 selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional. Hal itu itu diceritakannya dalam buku 'Kenapa saya tinggalkan PAS'. Pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kerajaan pusat terlebih dahulu. Pilihan raya kecil Kelantan pada Mac 1978 menyaksikan PAS hanya menang di Kemumin dan Manek Urai.