Andrés Manuel López Obrador
Andrés Manuel López Obrador (lahir 13 November 1953) - juga dipanggil dengan gelaran AMLO[2][3] - merupakan seorang ahli politik dari Mexico. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai seorang ahli dalam Parti Revolusi Institusi cawangan Tabasco pada tahun 1976 sehingga beliau menjadi ketua di cawangan negeri tersebut. Beliau beralih menyertai Parti Revolusi Demokratik pada tahun 1989 serta menjadi calon parti tersebut untuk jawatan gabenor negeri Tabasco. Beliau menjadi ketua parti tersebut dari tahun 1996 sehinnga 1999, dan beliau dijadikan ketua Pemerintah Bandar Raya Mexico pada tahun 2000. López Obrador meninggalkan partai tersebut pada tahun 2012 dan kemudiannya membentuk serta mengepalai Gerakan Pembaharuan Negara (Movimiento Regeneración Nacional, MORENA) sehingga tahun 2018. Beliau mempunyai reputasi politik yang sangat tinggi dalam jawatannya selama lebih dua dekad.[4] Beliau merupakan calon utama pakatan Juntos Haremos Historia gabungan MORENA, Parti Buruh dan Partido Encuentro Social untuk pilihan raya presiden Mexico pada tahun 2018. Beliau memenangi pilihanraya tersebut dengan jumlah undian sebanyak 53.19%, dan beliau dijangka mengambil alih jawatan Presiden Enrique Peña Nieto pada 1 Disember 2018. Rujukan
Pautan luar
|