Ban Ki-moon
Ban Ki-moon (Hangul: 반기문 , Hanja: 潘基文; lahir 13 Jun 1944) adalah Setiausaha Agung PBB kini. Sebelum itu beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea Selatan antara Januari 2004 dan November 2006. Sebelum itu pula beliau merupakan seorang diplomat. Pada 13 Oktober 2006 dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PBB yang kelapan oleh Perhimpunan Agung PBB menggantikan Kofi Annan. Dia mengangkat sumpah pada 14 Disember 2006 dan mula bertugas secara rasmi pada 1 Januari 2007.[2] Pada 21 Jun 2011, Ban dilantik untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung selepas dipersetujui sebulat suara oleh Perhimpunan Agung PBB, dan akan terus berkhidmat sehingga 31 Disember 2016.[3][4] PendidikanBeliau menerima ijazah pertama jurusan Hubungan Antarabangsa dari Univerisiti National Seoul tahun 1970 dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Sekolah John F. Kennedy di Universiti Harvard tahun 1985. Kehidupan peribadiBan Ki Moon telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua perempuan.[5] Di samping bahasa Korea, Ban fasih berbahasa Inggeris, Perancis, Jepun, dan Jerman. Ban pernah menyatakan bahawa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy pada tahun 1960-an sewaktu menghadiri program pertukaran pelajar yang menyebabkan beliau ingin menjadi seorang diplomat pada masa hadapan. KerjayaBan Ki Moon mula bertugas sebagai pegawai luar di New Delhi, India. Selepas bertugas di Bahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat, beliau bertugas serbagai Setiausaha utama di Unit Penyelidikan untuk Korea Selatan di PBB di bandaraya New York. Kemudian menjawat Pengarah di bahagian PBB. Beliau pernah betugas dua kali di Kedutaan Korea di Washington, D.C. Tugasnya sebagai pengarah berkaitan dengan hal elwal Amerika dari 1990-1992. Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perancangan dan Organisasi Antarabangsa pada 1995. Tahun 1996 dilantik sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden Korea Selatan dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tahun 2000. Beliau adalah penasihat dasar hubungan antarabangsa kepada Presiden Roh Moo-hyun. Semasa bertugas di kedutaan Korea Selatan di Austria, Ban terpilih sebagai Pengerusi Pertubuhan Menghalang Ujian (CTBTO PrepCom) pada 1999. Ban aktif dalam banyak isu hubungan antarabangsa Korea Selatan. Tahun 1992 beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi kepasa Jawatan Kuasa Kawalan Nuklear Utara-Selatan. Pada September 2005 sebagai Menteri Luar Negeri, beliau memainkan peranan sebagai menyelesaikan isu senjata nuklear Korea Utara pada Pusingan Keenam di Beijing, China.[perlu rujukan] Setiausaha Agung PBB
Pada Februari 2006, Ban menawarkan diri menggantikan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB yang akan tamat hujung 2006.[6] Inilah pertama kali rakyat Korea Selatan menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung PBB. Ban merupakan empat calon terakhir dalam senarai Majlis Keselamatan PBB. Pada undian ke-4 di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau disokong oleh lima kuasa dunia utama yang mempunyai kuasa veto.[7] Selepas undian ,Shashi Tharoor dari India pula menarik diri. Ban menggantikan Kofi Annan dari Ghana sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1 Januari 2007.[8] Pada 6 Jun 2011, Ban Ki-moon mengumumkan pencalonannya untuk penggal kedua[3] sebagai Setiausaha Agung PBB. Tidak terdapat calon yang menentangnya.[9] Pada 17 Jun 2011, beliau menerima perakuan sebulat suara Majlis Keselamatan PBB,[10] dan pada 21 Jun, pencalonannya disahkan oleh undi sebulat suara[4] di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu.[11] Penggal baharu 5 tahunnya akan bermula pada 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.[12] Serangan di BaghdadPada hari Khamis, 22 Mac 2007, sewaktu mengambil bahagian dalam sidang media di kawasan zon hijau Baghdad, satu serangan mortar mengenai tempat yang dekat dengan kedudukan setiausaha agung yang ketika itu sedang berdiri.[13] Serangan ini menganggu sidang media dan menakutkan Ban dan yang lain. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. AnugerahBan dikurnia Anugerah Khidmat Cemerlang pada 1975 and 1986 oleh Kerajaan Republik Korea Selatan.Beliau juga menerima Pingat Kepujian dari kerajaan Austria pada 2001 .Setahun kemudian kerajaan Brazil menganugerahkan Grand Cross of Rio Branco . Pada September 2005, masyarakat Korea Selatan di New York menganugerahkan Pingat Van Fleet atas sumbangannya kepada hubungan baik Korea Selatan - Amerika Syarikat.[14] Pandangan keagamaanWalaupun berbagai-bagai khabar angin yang menyatakan bahawa Ban ialah ahli Gereja Penyatuan, dan kemudian laporan timbul yang melaporkan yang Ban ialah anggota "kumpulan tanpa Gereja",[15] The Economist mengesahkan pada bulan Januari 2007 yang dia bukan anggota atau ahli mana-mana kumpulan keagamaan atau gereja.[16] Rujukan
Pautan luar
|