Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan Batu Caves juga merupakan tarikan utama di Selangor. Ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Batu Caves untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Sungai Tua. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 12 daerah mengundi iaitu Wira Damai, Taman Jasa, Sungai Tua, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Selayang Baharu Empat, Selayang Baharu Lima, Taman Selayang, Taman Batu Caves, Pekan Batu Caves Lama, Batu Caves dan Batu 8 Sungai Tua. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]
Daerah Mengundi dan Tempat Mengundi di DUN Batu Caves pada tahun 2016.
Kawasan DUN dipinda, dengan nama baharu Sungai Tua
Demografi
Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Batu Caves setakat 2013
Melayu (59.65%)
Cina (13.85%)
India (24.78%)
Etnik lain (1.35%)
Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 30,869 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Melayu dengan peratusan sebanyak 59.65, kemudian diikuti oleh etnik Cina (13.85%), India (24.78%) dan paling sedikit ialah lain-lain (1.35%).[4]
Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Batu Caves