Batu kecubung
Batu kecubung atau ametis ialah sebuah varieti kuarza berwarna lembayung seakan warna bunga kecubung yang memberi nama kepadanya; ia kerap digunakan sebagai perhiasan. Batu permata ini pernah dianggap sama nilai tingginya dengan seberapa galian lain seperti berlian, nilam, rubi dan zamrud namun merosot dengan penemuan baru sumber batu yang agak banyak di lokasi-lokasi baharu seperti Brazil pada abad ke-18.[1] SifatKuarza (SiO2) ini memunculkan warna ungunya hasil penyinaran serta kehadiran surihan besi dan logam atau unsur lain mewujudkan binaan yang berkisi-kisi dalam hablur asas.[2][3][4] Batu ini adakala akan menampakkan satu atau dua rona sekunder seperti warna biru dan merah.[5] Tahap keras batu ini sama dengan jenis-jenis kuarza umum yang lain. Hubungan dengan manusiaKepercayaanMasyarakat Yunani Purba percaya bahawa batu ini mampu menghalang kemabukan[6][7] sehinggakan bekas minuman sering diukir daripada ketulan-ketulan batu ini. Hal ini turut tercermin pada nama lain batu ini, "ametis" yang datang daripada bahasa Yunani Koine ἀμέθυστος amethystos menggabungkan ἀ- a-, "tidak" dan μεθύσκω methysko atau μεθύω methyo, "memabukkan". Batu ini dikaitkan dengan Februari dalam adat dunia Barat. Lihat jugaRujukan
|