Bundeswehr
Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan"; listen (bantuan·maklumat)) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.[9] Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama). Sehingga 30 Jun 2024, Bundeswehr mempunyai kekuatan sekitar 180,000 orang[4], menjadikannya salah satu daripada 30 angkatan bersenjata terbesar di dunia dan, dari segi keahlian, yang kedua terbesar di Kesatuan Eropah di belakang Perancis. Selain itu, Bundeswehr mempunyai kira-kira 34,600 orang simpanan (2024).[5] Pada 2024, belanjawan pertahanan Jerman ialah €71.75 bilion ($80.10 bilion).[6] Jumlah perbelanjaan ketenteraan yang dilaporkan kepada NATO ialah $97.69 bilion.[10] Ini menjadikan Bundeswehr sebagai salah satu daripada sepuluh angkatan bersenjata yang dibiayai terbaik di dunia. Perbelanjaan ketenteraan, diukur sebagai bahagian KDNK Jerman, berjumlah 2.12%.[11] Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
|