Daerah Langkawi
Langkawi merupakan daerah kepulauan dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan legenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Asal-usul namaNama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. [3] Kawi juga beerti tulisan Kawi, Kawi merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur batu merah yang digunakan sebagai kapur untuk menandakan barang. Lambakan Batu Kawi juga terdapat banyak di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi "Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira). Sejarah
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Tarutao dengan Langkawi dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal menjadi kepunyaan Siam"
Mitos dan legendaLangkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
GeografiLangkawi, sebuah gugusan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besar Malaysia oleh Selat Melaka, adalah sebuah daerah negeri Kedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km barat Kedah. Jumlah keluasan di pulau-pulau ini adalah 47.848 hektar. Pulau utama terletak kira-kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai terdiri daripada dataran aluvial yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau itu didominasi oleh pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.[6] Pembentukan geologi tertua di pulau, Formasi Machinchang, adalah bahagian pertama Asia Tenggara yang bangkit dari dasar laut di zaman Kambrium lebih dari setengah bilion tahun yang lalu. Bahagian tertua pembentukan dapat dilihat di Teluk Datai ke barat laut pulau, di mana tumpahan terdedah terdiri daripada batu pasir (kuarsazit) di bahagian atas dan serpihan dan batu lapis di bahagian bawah urutan. Malah, pendedahan terbaik dari batu-batu Kemboja (541 hingga 485 Ma) di Malaysia adalah Pembentukan Machinchang - yang terdiri daripada pembentukan batu-batu kuarza di Langkawi; korelatif lain yang diketahui, Pembentukan Jerai, tanaman dekat pantai barat Kedah di tanah besar (semenanjung).[7] Secara geologi, semua batu-batu ini terletak di dalam Belt Barat Semenanjung Malaysia, yang dianggap sebagai sebahagian daripada wilayah Sibumasu. PolitikMerujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Dewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
IklimLangkawi menerima taburan hujan tahunan lebih daripada 2,400 mm (94 in) setahun. Langkawi mempunyai musim kering nyata bermula dari bulan Disember hingga ke Februari manakala musim tengkujuh pula pada bulan Mac sehingga November. Bulan Ogos dikira sebagai bulan paling basah / lembab di Langkawi berikutan penerimaan hujan yang melebihi 500 mm (20 in) secara purata normal.
KawasanMukimMempunyai 6 mukim iaitu Bandar dan pekanPulauAntara pulau yang terletak dalam gugusan Langkawi;
PengangkutanDari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun dan Ko Lipe di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merupakan salah-satu antara tujuh lapangan terbang di Malaysia, menghubungkan Langkawi dengan Kuala Lumpur, Singapura, Pulau Pinang dan Subang. Lihat jugaRujukan
Pautan luar
|