Eurofighter Typhoon
Eurofighter Typhoon (Bahasa Melayu: Taufan) merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan lincah, sayap delta, berkanard dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi iaitu Alenia Aeronautica, BAE Systems dan EADS - melalui syarikat pemegangan Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada 1986. Projek ini diuruskan oleh NETMA (NATO Eurofighter and Tornado Management Agency) yang bertindak sebagai pelanggan utama.[6] Bagaimanapun, kajian mengenai projek ini telah bermula sejak 1979 lagi. Tertib pengeluaran Eurofighter Typhoon telahpun bermula. Pesawat ini telah mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe),[7] Tentera Udara Itali dan Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Austria. Arab Saudi pula telah memeterai perjanjian kontrak bernilai GB£4.43 bilion (sekitar €6.4 bilion pada 2007) untuk membeli 72 buah pesawat.[8] Sejarah
PembangunanBritain telah mengenal pasti keperluan untuk pesawat pejuang baru seawal tahun 1971. Spesifikasi AST 403, telah dikeluarkan oleh Staf Udara pada 1972, menghasilkan reka bentuk konvensional "berekor" yang dikenali sebagai P.96, yang mana telah diperkenalkan pada akhir 1970-an. Walaupun reka bentuk pesawat mungkin memenuhi keperluan Staf Udara, industri penerbangan Britain merasa sangsi disebabkan ia menyamai pesawat F/A-18 Hornet, yang mana pada itu sedang dibangunkan. Reka bentuk pesawat mempunyai potensi untuk dibangunkan pada masa depan, dan apabila pesawat ini dikeluarkan ia dijangka akan menembusi pasaran eksport yang dikuasai oleh pesawat F/A-18 Hornet.[9] Pada masa yang sama, pada 1979 Jerman Barat memerlukan pesawat pejuang baru yang membawa kepada pembangunan konsep TFK-90.[10] This was a cranked delta wing design with forward canard controls and artificial stability. Walaupun pereka British Aerospace menolak beberapa ciri-ciri reka bentuk termaju pesawat ini seperti muncung enjin vektor dan kawalan lubang trailing-edge, mereka telah bersetuju dengan konfigurasi keseluruhan. Pada tahun 1979, British Aerospace dan Messerschmitt-Bölkow-Blohm mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan masing-masing untuk ECF (Pesawat Pejuang Usahasama Eropah)[11] atau Pesawat Tempur Eropah.[12] Pada Oktober 1979 Dassault menyertai kumpulan ECF untuk penyelidikkan 3-negara, yang mana dikenali sebagai Pesawat Tempur Eropah.[11] Pada ketika inilah nama Eurofighter digandingkan pada pesawat ini.[13] Pembangunan prototaip pelbagai negara diteruskan. Perancis mengeluarkan pesawat ACX. Britain pula menghasilkan 2 reka bentuk. Pesawat P.106 adalah pesawat pesawat pejuang "ringan" satu enjin, pada zahirnya menyamai pesawat JAS 39 Gripen, manakala pesawat P.110 adalah pesawat pesawat pejuang 2 enjin. Konsep pesawat P.106 telah ditolak oleh Tentera Udara Diraja Britain, berdasarkan hujah pesawat ini mempunyai "separuh daripada kecekapan dan pada 2/3 harga pesawat 2 enjin".[9] Jerman Barat menyambung usaha untuk memperhalusi konsep pesawat TFK-90.[12] Projek pesawat ECA telah gagal pada tahun 1981 di sebabkan oleh beberapa faktor termasuk perbezaan keperluan, desakan Dassault untuk "mengetuai reka bentuk" dan pilihan Britain untuk menggunakan enjin terbaru RB199 berbanding pilihan Perancis, enjin terbaru SNECMA M88.[13] Akibatnya para rakan kongsi iaitu Panavia (BAe, MBB dan Aeritalia) melancarkan program Pesawat Tempur Lincah (Agile Combat Aircraft-ACA) pada bulan April 1982.[14] Pesawat ACA menyamai pesawat BAe P.110 dengan rekabentuk sayap delta, kanard dan berekor kembar. Satu perbezaan luaran yang ketara adalah penukaran lubang udara enjin dari rekabentuk lekapan tepi kepada lubang udara enjin berdagu. Pesawat ACA akan dilengkapi dengan enjin RB199 yang diubah suai. Kementerian Pertahanan Britain bersetuju untuk menanggung 50% kos daripada kos dan 50% selebihnya akan disediakan oleh pihak industri. Syarikat MBB dan Aeritalia menyasarkan untuk mengeluarkan 2 buah pesawat, setiap satu oleh Warton dan MBB. Pada Mei 1983 BAe telah mengumumkan kontrak bersama Kementerian Pertahanan Britain untuk membangunkan dan menghasilkan pesawat demonstrasi ACA, iaitu Program Pesawat Eksperimen.[14] Pada 1983 Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol melancarkan program Pesawat Pejuang Masa Depan Eropah atau (Future European Fighter Aircraft-FEFA). Pesawat ini mesti mempunyai keupayaan STOL dan Beyond Visual Range (BVR). Pada 1984, Perancis menekankan keperluannya untuk versi pengoperasian di atas kapal pengangkut pesawat dan menuntut agar diberi tugas untuk mengetuai program. Britain, Jerman Barat dan Itali memilih untuk keluar daripada program ini dan menubuhkan program baru pesawat EFA.[12] Di Turin pada 2 Ogos 1985 Itali, Jerman Barat dan Britain telah bersetuju untuk meneruskan program Eurofighter. Pengumuman perjanjian ini mengesahkan bahawa Perancis, bersama-sama Sepanyol, memilih untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam projek ini.[15] Meskipun terdapat tekanan daripada Perancis, Sepanyol kemudiannya telah menyertai kembali projek Eurofighter pada awal bulan September 1985.[16] Perancis secara rasminya berundur daripada projek untuk menyambung kembali projek pesawat ACX, yang mana kemudiannya dikenali sebagai Dassault Rafale. Pada tahun 1985 juga pesawat BAe EAP telah dikeluarkan di BAe Warton, yang dibiayai sendiri oleh MBB dan BAe. Pesawat EAP melakukan penerbangan sulung pada 6 Ogos 1986.[17] Pesawat Eurofighter membawa persamaan dengan pesawat EAP. Kerja reka bentuk berlanjutan untuk 5 tahun berikutnya dengan menggunakan data daripada pesawat EAP. Keperluan jumlah awal pesawat adalah: Britain: 250, Jerman: 250, Itali: 165 dan Sepanyol: 100. Pengeluaran pesawat dibahagikan di antara negara-negara berdasarkan perkadaran jangkaan pembelian pesawat iaitu - British Aerospace (33%), DASA (33%), Aeritalia (21%), dan Construcciones Aeronáuticas SA (CASA) (13%). Tahun 1986 juga menyaksikan penubuhan syarikat Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang berpusat di Munich yang akan mengendalikan pembangunan projek[18] dan EuroJet Turbo GmbH, persekutuan Rolls-Royce, MTU Aero Engines, FiatAvio (now Avio) dan ITP untuk pembangunan EJ200. Sehingga tahun 1990, pemilihan radar pesawat menjadi halangan terbesar. Britain, Itali dan Sepanyol menyokong penggunaan radar ECR-90 yang dibangunkan oleh Sistem Pertahanan Ferranti, manakala radar Jerman berasaskan model APG-65 iaitu MSD2000 (kerjasama di antara Hughes (daripada AS), AEG dan GEC-Marconi). Persetujuan telah dicapai selepas Setiausaha Pertahanan Britain Tom King menyakinkan rakan sejawat daripada Jerman Gerhard Stoltenberg bahawa kerajaan Britain akan menaja jamin projek dan membenarkan GEC untuk memiliki syarikat Sistem Pertahanan Ferranti daripada syarikat induknya yang bermasalah. Oleh sebab itu, GEC kemudiannya menarik balik sokongannya terhadap radar MSD2000.[19] UjianPenerbangan sulong pesawat prototaip Eurofighter dilakukan pada 27 Mac 1994.[1] Ketua Juruterbang Ujian Dasa, Peter Weger telah menerbangkan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan di sekitar Bavaria. Pada 1990-an, berlaku pertikaian yang ketara berkenaan pembahagian tugas, spesifikasi pesawat malah penglibatan projek. Pada Mei 2007, Pesawat Pembangunan Eurofighter ke-5 melakukan penerbangan pertama dengan menggunakan sistem demonstrasi CAESAR (Radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif atau AESA, CAPTOR),[20] Pembangunan Euroradar CAPTOR menggabungkan teknologi Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif-(AESA). Pesawat Eurofighter Typhoon juga telah diuji di Vidsel, Sweden di mana ia telah didedahkan kepada keadaan suhu yang terlampau (dibawah -31˚C). Penerbangan sulong pesawat Instrumented Production Aircraft 7 (IPA7), pesawat pertama dilengkapi sepenuhnya dengan Tranche 2 , berlepas dari lapangan terbang EADS, di Manching pada 16 Januari 2008.[21] Semasa dibangunkan, versi pengeluaran bagi radar CAPTOR-E dicadangkan sebagai sebahagian daripada Eurofighter Tyhpoon Tranche 3 bermula pada 2012. Pesawat Tranche 2 tidak menggunakan radar AESA, tetapi radar pengimbas mekanikal, Captor-M yang menggabungkan keperluan berat dan ruang untuk kemungkinan tingkat upaya standard CAESAR (AESA) pada masa depan.[22] PengeluaranKontrak pengeluaran pertama telah ditandatangani pada 30 Januari 1998 di antara Eurofighter GmbH, Eurojet dan NETMA.[23] Jumlah perolehan pesawat seperti berikut: Britain 232, Jerman 180, Itali 121, dan Sepanyol 87. Pengeluaran pesawat adalah diperuntukkan berdasarkan jangkaan perolehan negara-negara berikut: British Aerospace (37%), DASA (29%), Aeritalia (19.5%), dan CASA (14%). Pada 2 September 1998, majlis penamaan telah diadakan di Farnborough, England. Nama Typhoon secara rasminya diterima pakai, walau bagaimanapun ia untuk pesawat versi eksport sahaja. Laporan menyatakan ia ditentang oleh Jerman; Pesawat Hawker Typhoon adalah pesawat pejuang-pengebom yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain semasa Perang Dunia II menentang sasaran-sasaran di Jerman.[24] Pada September 1998, kontrak ditandatangani untuk pengeluaran 148 buah pesawat Tranche 1 dan perolehan barang masa-menunggu lama untuk pesawat Tranche 2.[25] Peningkatan KosPada 1988, Setiausaha Negara memberitahu Parlimen Britain bahawa Pesawat Pejuang Eropah akan "menjadi projek utama, dan menelan belanja sebanyak kira-kira GB£7 bilion kepada Britain".[26] Anggaran yang lebih realistik kemudiannya adalah GB£13 bilion,[27][28] terdiri daripada GB£3.3 bilion kos pembangunan[29] dengan tambahan GB£30 juta bagi setiap buah pesawat.[30] Sehingga 1997, kos anggaran adalah GB£17 bilion; pada 2003, GB£20 bilion, dan tarikh mula berkhidmat (2003; ditakrifkan sebagai tarikh penghantaran pesawat pertama kepada Tentera Udara Diraja Britain) adalah 54 bulan lewat.[31][32] Sejak 1993, Kementerian Pertahanan enggan untuk mendedahkan kos anggaran terkini atas alasan 'kesensitifan perdagangan'.[33] Komitmen Britain terhadap 88 buah pesawat Tranche 3 diragui,[34] terkini pada Januari 2008.[35] Kajian yang dilakukan oleh Pejabat Komunikasi & PR Eurofighter dengan menggunakan angka pada 1997 dan 2003 untuk mempertikaikan kenaikan kos dan kelewatan program Eurofighter jika dibandingkan secara adil dengan pesawat F/A-22 Raptor (14% terlebih belanjawan dan 54 bulan lewat berbanding 127% terlebih belanjawan dan 117 bulan lewat) atau projek-projek pertahanan yang lain seperti projek kapal selam Kelas Astute, Britain yang mana 35% terlebih belanjawan dan 43 bulan lewat.[36] KelewatanPolitikPada lewat 1990-an, kerajaan Jerman kelihatan tidak begitu senang untuk meneruskan projek. Tentera Udara Jerman diarahkan untuk mencari penyelesaian alternatif termasuk meneliti kaedah pelaksanaan yang lebih murah untuk projek Eurofighter. Kekhuatiran Jerman terhadap projek Eurofighter meletus pada Julai 1992 apabila Jerman mengambil keputusan untuk meninggalkan projek. Bagaimanapun, disebabkan oleh pendirian keras Jerman di awal permulaan projek, semua rakan kongsi telah terikat dengan kontrak komitmen dan mendapati mereka sukar untuk menarik diri daripada projek ini. Pada 1995 kebimbangan mengenai pembahagian agihan kerja ditimbulkan. Sejak penubuhan projek Eurofighter, pembahagian agihan kerja telah dipersetujui pada kadar 33/33/21/13 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol) berdasarkan jumlah pesanan pesawat daripada negara-negara penyumbang. Bagaimanapun, semua negara telah mengurangkan jumlah pesanan pesawat masing-masing. Britain mengurangkan pesanannya dari 250 ke 232, Jerman dari 250 ke 180, Itali dari 165 ke 121 dan Sepanyol dari 100 ke 87. Berdasarkan jumlah pesanan baru ini, pembahagian agihan sepatutnya 39/24/22/15 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol). Jerman bagaimanapun tidak bersetuju untuk menyerahkan sejumlah besar agihan kerja. Pada Januari 1996, setelah rundingan yang berlanjutan di antara rakan kongsi Britain dan Jerman, satu tolak ansur telah dicapai di mana Jerman akan menambah 40 buah pesawat bermula pada tahun 2012. Pembahagian agihan kerja sekarang ialah 43% untuk EADS MAS di Jerman dan Sepanyol; 37.5% untuk BAE Systems, Britain; dan 19.5% untuk Alenia, Itali.[37] Peristiwa terpenting berlaku di Pameran Udara Farnborough pada September 1996. Britain telah mengumumkan pembiayaan untuk peringkat pembinaan projek. Pada November 1996, Sepanyol mengesahkan pesanannya tetapi Jerman sekali lagi lewat dalam membuat keputusan. Setelah aktiviti rundingan diplomatik antara Britain dan Jerman, pembiayaan jangka pendek sebanyak DM 100 million (€ 51 million) diatur oleh kerajaan Jerman pada Julai 1997 untuk menyambung ujian penerbangan. Rundingan selanjutnya akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman meluluskan perolehan pesawat Eurofighter pada Oktober 1997. TeknikalPada 21 November 2002, DA-6, pesawat prototaip 2 tempat duduk Sepanyol terhempas disebabkan oleh "double engine flame-out",[38] dikaitkan dengan standard percubaan enjin ujian yang digunakan oleh pesawat. Pesawat ini mengalami kerosakkan yang teruk tetapi kedua-dua krew terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. PengeluaranEurofighter Typhoon adalah pesawat tempur moden yang unik yang mana terdapat 4 kilang pemasangan yang berlainan. Setiap syarikat memasang pesawat negara masing-masing, tetapi mengeluarkan komponen-komponen yang sama untuk semua 620 buah pesawat.
Pengeluaran dibahagikan kepada 3 "tranches" (lihat jadual di bawah) dengan peningkatan keupayaan tambahan bagi setiap "tranche". "Tranche" kemudiannya dibahagikan lebih lanjut kepada kelompok dan blok, sebagai contoh bagi Tentera Udara Di Raja Britain; Tranche 1 pesawat 2 tempat duduk adalah kumpulan 1 T1 dan kumpulan 2 T1A. Ringkasan
EksportPada 1999, kerajaan Greek bersetuju untuk memiliki 60 pesawat Typhoon untuk mengantikan angkatan pesawat tempur generasi ke-2nya.[49] Bagaimanapun, pembelian ini telah ditangguhkan disebabkan kekangan belanjawan, sebahagian besarnya disebabkan oleh program pembangunan lain dan keperluan untuk memperolehi kembali kos Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Pada Jun 2006, kerajaan mengumumkan pelan perolehan kira-kira €22 bilion bertujuan untuk menyediakan rangka kerja belanjawan yang diperlukan untuk membolehkan pembelian pesawat pejuang terkini dalam masa 10 tahun akan datang. Pada masa sekarang, pesawat Typhoon sedang dinilai untuk memenuhi keperluan berikut.[50] Pada 2 Julai 2002, kerajaan Austria mengumumkan keputusan untuk membeli pesawat Typhoon sebagai pesawat pesawat pertahanan udara barunya. Pembelian 18 buah pesawat Typhoon dimuktamadkan pada 1 Julai 2003, dan ia termasuk 18 buah pesawat, latihan juruterbang dan krew sokongan, logistik, penyelenggaraan, dan simulator. Masa depan pesanan ini dipertikaikan di parlimen Austria.[51] Pada 26 Jun 2007, Menteri Pertahanan Austria, Norbert Darabos telah mengumumkan pengurangan jumlah pesawat kepada 15 buah.[52] Pada 12 Julai 2007, pesawat pertama daripada 15 buah Eurofighter telah dihantar ke Austria dan secara rasminya berkhidmat dengan Tentera Udara Austria.[53] Selepas kempen yang tidak berjaya di Korea Selatan dan Singapura,[54] pada 18 Ogos 2006, Arab Saudi memgumuman persetujuan untuk membeli 72 buah pesawat Typhoon.[55] Pada November dan Disember, laporan menyatakan Arab Saudi mengugut untuk membeli pesawat Rafale buatan Perancis disebabkan oleh siasatan oleh Pejabat Penipuan Berat Britain dalam perjanjian pertahanan Al Yamamah yang mana berlaku dalam tahun 1980-an.[56] Walau bagaimanapun pada 14 Disember 2006 pengumumkan dibuat yang menyatakan Pejabat Penipuan Berat Britain telah "menghentikan" penyiasatan terhadap BAE. Kenyataan oleh wakil kepada Pengarah Jabatan dan Peguam Negara boleh disimpulkan kepada keputusan mengambil kira kepentingan orang ramai "untuk melindungi keselamatan negara dan antarabangsa" yang mana jauh lebih penting daripada manfaat yang mungkin diperolehi dari siasatan lanjut terhadap kes ini.[57] The Times telah menyatakan kemungkinan pesawat asal untuk Tentera Udara Di Raja Britain akan dipindahkan sebagai penghantaran awal pesawat untuk Arab Saudi, dengan perkhidmatan tahap operasinya mungkin ditunda sehingga penghantaran semua pesawat dilakukan.[58] Penyusunan ini menyamai proses peralihan pesawat Tornado daripada Tentera Udara Di Raja Britain ke Tentera Udara Di Raja Arab Saudi pada satu lepas. Bagaimanapun The Times juga telah melaporkan penyusunan ini akan menjadikan komitmen perolehan daripada Britain untuk pesawat Eurofighter Tranche 3 lebih pasti.[58] Pada 17 September 2007 Arab Saudi mengesahkan bahawa kontrak bernilai GB£4.43 bilion untuk perolehan 72 pesawat telah ditandatangani.[8] Pada Mac 2007, Jane's Information Group melaporkan pesawat Typhoon menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan untuk membekalkan Jepun dengan pesawat generasi baru.[59] Pada masa ini, pesaing-pesaing lain adalah F/A-18E/F Super Hornet dan F-15E Strike Eagle.[59] Pada 17 Oktober 2007, Menteri Pertahanan Jepun Shigeru Ishiba mengesahkan kemungkinan Jepun untuk memperolehi pesawat Typhoon. Walaupun beliau mengatakan bahawa F-22 Raptor adalah pesawat "luar biasa", ia tidak semestinya "menjadi satu keperluan kepada Jepun", dan pesawat Typhoon adalah merupakan pilihan terbaik.[60] Pelanggan berpotensi lain untuk pesawat Typhoon ialah Bulgaria,Malaysia India,[61] Denmark,[62] Pakistan[63] dan Romania.[64] BAE SYSTEMS juga melaporkan bahawa pesawat Typhoon pada masa ini dipromosikan secara aktif "...untuk beberapa pasaran lain termasuk Greece, Norway, Denmark, Switzerland, Turki dan Jepun". [65]
KelainanPesawat Eurofighter telah dikeluarkan dalam 3 versi berbeza; 7 Pesawat Pembangunan (DA), 5 pesawat standard pengeluaran (Instrumented Production Aircraft-IPA) untuk pembangunan sistem lanjutan dan Turutan Pesawat Pengeluaran. Turutan Pesawat Pengeluaran adalah pesawat yang berada dalam perkhidmatan tentera udara pada masa ini. Pesawat Tranche 1 dikeluarkan bermula sejak tahun 2000. Keupayaan pesawat ditingkatan secara beransur-ansur, setiap tingkat upaya perisian menyebabkan perbezaan piawai, dikenali sebagai blok.[66] Dengan pengenalan piawai Blok 5, program penyesuaian R2 dimulakan untuk menaik taraf semua pesawat ke piawai Blok 5.[66]
Pengguna
Spesifikasi (Typhoon)Data dari Data prestasi Typhoon,[67] RAF Typhoon,[68] laman web BAE Systems,[69] AFM [70] Ciri umum
Prestasi
Persenjataan
Reka bentukKerangka pesawat dan sistem avionikPesawat Typhoon mempunyai ciri sirip kecil dan binaan ringan (82% bahan komposit = 70% komposit fiber karbon + 12% komposit diperkuat kaca).[74] Pesawat ini mencapai tahap kelincahan yang tinggi pada kelajuan supersonik dan rendah dengan disebabkan oleh reka bentuknya yang mempunyai kestabilan selesa. Pesawat ini mempunyai sistem kawalan fly-by-wire digital berkembar empat yang menyediakan kestabilan tiruan, oleh kerana operasi secara manual sahaja tidap dapat menampung kewujudan ruang ketidak-stabilan. Sistem fly-by-wire digambarkan sebagai "bebas tanpa kerunsingan" dengan menghalang juruterbang daripada melakukan manuver yang melangkaui manuver yang dibenarkan. Kawalan olengan pesawat dilakukan dengan menggunakan penutup kepak sayap. Kawalan anggul (atas-bawah) dikendalikan dengan menggunakan sirip hadapan dan penutup kepak, kawalan ke kiri-kanan dikwal oleh kemudi.[75] Kawalan permukaan digerakkan melalui 2 sistem hidrolik bebas yang digabungkan di dalam pesawat, yang juga menyediakan pelbagai barang-barang lain seperti kanopi, brek dan giar pendaratan. Satu kotak giar 4000 psi berkuasa enjin memberi kuasa bagi setiap sistem.[76] Pengemudian boleh dilakukan melalui kedua-dua sistem iaitu sistem GPS dan sistem pengemudian inersia. Pesawat Typhoon boleh menggunakan Sistem Peralatan Pendaratan (ILS) untuk melakukan pendaratan semasa cuaca buruk. Pesawat ini menggunakan Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) yang bersepadu dan canggih. Pengesanan ancaman disediakan oleh Penerima Amaran Radar (RWR), Amaran Peluru Berpandu Mendekat (MAW) dan Penerima Amaran Laser (LWR) (hanya RAF). Perlindungan disediakan oleh Chaff dan suar, Penyerak Elektronik (ECM) dan Umpan Radar-Ditarik (TRD) (hanya RAF).[77] KokpitPesawat Eurofighter Typhoon dilengkapi oleh kokpit kaca dan tanpa sebarang peralatan konvensional. Ia termasuk: 3 Paparan Pelbagai Fungsi Pandang Kebawah (MHDD) berwarna penuh (format dilakukan dengan memanipulasi alat kekunci, kursor XY dan arahan suara (DVI)), Paparan Pandang Keatas (HUD) bersudut lebar bersama Infra merah pandang-depan (FLIR), Tuas dan Pendikit Tangan dan Suara (Suara+HOTAS), Sistem Simbologi Lekapan Helmet (HMSS), Sistem Pengangihan Maklumat Pelbagai Fungsi (MIDS), Kemudahan Kemasukan Data Manual (MDEF) yang terletak di sebelah kiri pelindung silau dan sistem amaran pesawat bersepadu penuh dengan Panel Amaran Khas (DWP). Peralatan Penerbangan Pulang, diterangi oleh LED, terletak di bawah engsel pelindung silau di sebelah kanan.[78] Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) mengawasi dan bertindak balas secara automatik terhadap dunia luar. Ia menyediakan juruterbang dengan penilaian keutamaan semua segi dalam ancaman udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan. Ia bertindak balas terhadap sasaran tunggal atau berbilang. Pesawat ini juga mempunyai Sistem Amaran Hampir Permukaan (GPWS) termaju berasaskan Sistem Pengemudian Rujukan Permukaan Bumi (TRN) - TERPROM yang digunakan oleh pesawat Tornado, akan tetapi sistem kawalan dan paparan kokpit yang lebih maju dan bersepadu.[79] Reka bentuk kokpit melibatkan maklum balas dari kedua-dua juruterbang ujian dan operasi daripada 4 negara sekutu, dari segi kebolehlaksanaan dan tahap konsep semasa proses rekabentuk. Ini memerlukan penggunaan pencahayaan yang ditauliah khas dan memaparkan kemudahan simulasi model dan penggunaan meluas teknik membuat prototaip cepat. Sistem DVI pesawat Eurofighter menggunakan Modul Pengenalan Pertuturan (SRM), yang dibangunkan oleh Smiths Aerospace dan kemudiannya Computing Devices (sekarang General Dynamics Britain). Ini merupakan pengeluaran sistem DVI pertama yang digunakan dalam kokpit pesawat tentera. DVI memberikan juruterbang mod tambahan semulajadi dalam mengarah dan mengawal lebih daripada 26 fungsi bukan kritikal kokpit, menurunkan beban kerja juruterbang, meningkatkan keselamatan pesawat dan menambah keupayaan untuk melakukan misi. Pencapaian teknologi yang penting semasa pembangunan DVI timbul pada tahun 1987 apabila Texas Instruments menegeluarkan Pemproses Isyarat Digital (DSP), TMS-320-C30. Ini merupakan satu kemajuan yang membanggakan apabila perubahan sistem DVI kompleks dan besar kepada modul kad tunggal. Kemajuan awal ini membenarkan sisyem berkuasa tinggi yang berdaya maju. Projek ini diteruskan pada Julai 1997, dengan pembangunan dan penilaian juruterbang dilakukan dengan menggunakan simulator Kokpit Aktif Eurofighter di BAE SYSTEMS, Warton. [80]. Sistem DVI adalah bergantung kepada speaker, bermakna ia memerlukan setiap juruterbang untuk mencipta templat. Ia bukan digunakan untuk tugas keselamatan yang kritikal atau tugas persenjataan yang kritikal, seperti melancarkan senjata atau menurunkan giar pendaratan, tetapi digunakan untuk fungsi-fungsi kokpit lain.[81][82] Arahan suara disahkan dengan visual dan/atau maklum balas pendengaran. Sistem ini dilihat sebagai ciri reka bentuk ketara dalam mengurangkan beban tugas juruterbang pesawat, sehingga membenarkan juruterbang untuk menanda sasaran dengan menggunakan 2 arahan suara mudah atau pembantu juruterbang dengan menggunakan 5 arahan suara.[83] Juruterbang menerbangkan pesawat dengan menggunakan tuas kawalan tengah dan tuas pendikit di sebelah kiri. Pelepasan diri kecemasan disediakan oleh kerusi lenting Martin Baker Mk.16A. Kanopi pesawat dibuangkan oleh 2 motor roket.[84] Pelindungan G disediakan dalam pesawat standard oleh "Seluar panjang Anti-G liputan penuh" (FCAGT atau dikenali juga sebagai Faggot) [85] Juruterbang pesawat Typhoon dari Tentera Udara Jerman dan Tentera Udara Austria, bagaimanapun, memakai sut-G dipertingkat yang dipanggil "Libelle" (Dragonfly) Multi G Plus.[86][87][88] Penjejak dan Pencari Inframerah-PIRATEPesawat Eurofighter bermula dengan pesawat Tranche 1 kumpulan 5 akan dilengkapi dengan sistem PIRATE (Passive Infra-Red Airborne Track Equipment) IRST (Infrared Search and Track System) yang dipasang di sebelah kiri fiuslaj, cermin hadapan. Sistem PIRATE telah dibangunkan oleh konsortium EUROFIRST yang terdiri daripada syarikat Galileo Avionica (FIAR) dari Itali yang bertindak sebagai kontraktor utama, Thales Optronics dari Britain (pakar sistem teknikal) dan Tecnobit dari Sepanyol. PIRATE beroperasi dalam 2 kumpulan Inframerah, 3-5 dan 8-11 mikron. Apabila digunakan bersama radar semasa misi udara-ke-udara, ia berfungsi sebagai Sistem Penjejak dan Pencari Inframerah (Infrared Search and Track system-IRST), memberikan penjejakkan dan pengesanan sasaran pasif. Semasa misi udara-ke-permukaan, ia melaksanakan pemerolehan dan pengenalpastian. Ia juga menyediakan bantuan semasa pengemudian dan pendaratan pesawat. PIRATE dihubungkan kepada paparan lekapan pada helmet juruterbang.[89] Pesawat Eurofighter Typhoon pertama yang dilengkapi oleh sistem PIRATE-IRST telah dihantar kepada Tentera Udara Itali pada bulan Ogos 2007.[90] PrestasiPrestasi pesawat tempur Typhoon jika dibandingkan dengan pesawat-pesawat baru seperti F-22 Raptor, pesawat pejuang F-35 Lightning II (masih dalam pembangunan di Amerika Syarikat) dan pesawat Dassault Rafale yang dibangunkan oleh Perancis, menjadi tajuk perbincangan yang hangat. Pada Mac 2005, Jeneral Ketua Staf John P. Jumper, Tentera Udara Amerika Syarikat, adalah satu-satu orang yang pernah menerbangkan kedua-dua pesawat Eurofighter Typhoon dan Raptor, bercakap kepada Air Force Print News berkenaan 2 pesawat ini. Beliau berkata,
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, "Pesawat Eurofighter pastinya, dari segi kelancaran kawalan dan keupayaan untuk menarik (dan bertahan daya G yang tinggi), sungguh menggagumkan,". "Sebab itu merupakan tujuan ia direka, terutama versi pesawat yang saya terbangkan, dengan sistem avionik, paparan peta bergerak yang berwarna, dan sebagainya. — semuanya pada takuk teratas. Kebolehan manuver pesawat ini dalam pertempuran dekat juga sangat mengagumkan."[91] Pesawat Typhoon berupaya terbang pada kelajuan sepersonik tanpa menggunakan enjin pembakaran lanjut. Keadaan ini dirujuk sebagai "superkruis". Berdasarkan laman web rasmi Luftwaffe-Jerman, kelajuan maksimum yang boleh dicapai tanpa pemanasan semula ialah Mac 1.2.[92] Pada 2002, peluru berpandu MBDA Meteor telah dipilih sebagai peluru berpandu udara ke udara jarak jauh untuk pesawat Eurofighter Typhoon.[93][94] Sementara menunggu adanya peluru berpandu Meteor, Typhoon akan dilengkapi dengan Raytheon AIM-120 AMRAAM. Peluru berpandu Meteor dijangka memasuki perkhidmatan mulai pada Ogos 2012.[94] Konsortium Eurofighter mendakwa pesawat ini mempunyai kadar belokan kekal sub-sonik yang besar, dan pecutan yang lebih laju pada Mac 0.9 di altitud 20,000 kaki berbanding F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, Dassault Mirage 2000, Rafale, Sukhoi Su-27, dan Mikoyan MiG-29.[95][96][97] Keupayaan udara-ke-daratTyphoon sentiasa dirancang sebagai sebagai pesawat pejuang taktikal swing role dengan keupayaan udara-ke-darat. Bagaimanapun, keperluan segera Tentera Udara Di Raja Britain akan pesawat yang berkeupayaan untuk melaksanakan misi udara-ke-darat telah menggabungkan keupayaan udara-ke-darat yang "serius", berasaskan pada penanda laser Rafael/Ultra Electronics Litening III dan Enhanced Paveway II G/LGB, lebih awal daripada rancangan awal. Keupayaan serangan udara-ke-darat yang lebih bertenaga untuk negara sekutu yang lain akan dicapai pada penghujung dekad.[98] Keupayaan Tentera Udara Di Raja Britain sekarang terdapat dalam pesawat Blok 5 yang akan dihantar untuk kumpulan akhir pesawat Tranche 1 dan, penyesuaian semula, untuk kesemua pesawat Tranche 1.[99] Ketiadaan keupayaan ini telah dipercayai menjadi faktor kegagalan Typhoon daripada pertandingan pesawat pejuang Singapura pada 2005. Apabila pesawat Typhoon digugurkan daripada senarai pendek, Menteri Pertahanan Singapura mengulas bahawa: "kesanggupan jadual penghantaran pesawat Typhoon dan sistem-sistemnya tidak memenuhi keperluan Tentera Udara Singapura." Flight Daily News melaporkan bahawa kebimbangan Singapura akan skala masa penghantaran dan ketidakupayaan negara rakan kongsi Eurofighter' untuk mentaksirkan secara tepat pakej keupayaan pesawat Typhoon Tranche 2 dan Tranche 3 Typhoon.[100] Singapura memerlukan keupayaan pesawat Tranche 2 yang telah 'road-mapped' tetapi masih belum dibiayai, dan mahu skala masa pesawat Tranche 1.[100] Dengan menumpukan pesawat yang berkeupayaan udara-ke-darat, Eurofighter GmbH berharap untuk meningkatkan harapan Typhoon kepada pelangan eksport berpotensi yang lain dan menjadikan ia pesawat yang berguna kepada tentera udara negara sekutu.
Ciri-ciri pengurangan kesan radarWalaupun pesawat bukan dari jenis halimunan, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan keratan rentas radar - (RCS) pada pesawat Typhoon, terutamanya dari aspek hadapan.[101][102] Sebagai contoh daripada ciri ini adalah pesawat Typhoon mempunyai ruang masuk jet yang disembunyikan di bahagian depan enjin jet (dedahan radar yang kuat) daripada radar. banyak sasaran radar yang penting, seperti sayap, sirip hadapan dan sirip pinggir depan, dalam bentuk melandai, jadi ia akan memesongkan tenaga radar jauh daripada sektor hadapan.[103] Beberapa senjata luar dilekapkan separuh tenggelam ke dalam badan pesawat, dan memberi perlindungan pada peluru berpandu ini daripada gelombang radar yang datang.[101] Tambahan lagi bahan menyerap radar - (RAM) yang telah dibangunkan oleh EADS/DASA yang melapisi kebanyakan pemantul yang ketara, sebagai contoh sirip pinggir depan, pinggir ruang masuk dan bahagian dalam, kawasan sekitar kemudi dan sebagainya.[101][104][105] Walaupun semua ciri-ciri ini mengurangkan kesan rentas radar bagi pesawat Typhoon, pesawat Typhoon adalah bukan pesawat halimunan. Typhoon tidak mempunyai ruang dalam untuk menyimpan senjata, yang mana meningkatkan kemungkinan ia dikesan pada radar tetapi ia juga memberi lebih ruang untuk membawa muatan senjata yang lebih besar.[106] Radar pesawat Typhoon sekarang iaitu ECR-90 secara relatifnya senang untuk dikesan apabila digunakan, tidak seperti radar-radar lain yang lebih maju.[101] Mengikut Tentera Udara Di Raja Britain, ciri RCS pada pesawat Eurofighter adalah melangkaui piawai mereka. Komen dari pihak BAE Systems pula menyatakan bahawa penerimaan isyarat radar adalah 4 kali lebih rendah daripada pesawat Tornado.[107] "Tiada angka rasmi didapati, tetapi pesawat Eurofighter difahamkan mempunyai RCS di bawah 1 meter persegi." Tentera Udara Britain mengatakan bahawa pesawat Typhoon memenuhi tahap boleh-nampak yang rendah.[103] Pengeluar telah melakukan ujian-ujian pada prototaip awal pesawat untuk mengoptimumkan ciri-ciri boleh-nampak pesawat sejak tahun 1990-an. Ciri RCS pada pesawat prototaip DA4 telah diuji di kemudahan BAE, Warton dengan menggunakan pelbagai jenis pelindung RCS. Ciri-ciri pelindung RCS telah diukur dan kesannya disiasat. Langkah lain untuk mengurangkan kebarangkalian penemuan pesawat adalah dengan menggunakan penderia pasif, yang mana mengurangkan pengeluaran radiasi elektronik yang berbahaya. Sementara itu, sirip hadapan secara umumnya mempunyai ciri halimunan yang lemah,[108] sistem kawalan penerbangan di reka untuk meminimumkan RCS semasa dalam penerbangan, mengekalkan kemasan elevon dan sirip hadapan yang bersudut untuk mengurangkan RCS.[109][110] Dibandingkan dengan jangkaan RCS pada pesawat Dassault Rafale adalah 2 meter persegi dan pesawat F-117 Nighthawk adalah 0.025 meter persegi.[111] Walaupun pengurangan keratan rentas radar menjadi satu idaman bagi pesawat seperti Typhoon, kenyataan bahawa pesawat membawa muatan di luar menyebabkan kadar nampak-radar nya lebih tinggi oleh kerana ruang muatan itu sendiri mempunyai nampak-radar yang ketara. Jikapun ruang muatan ini sendiri halimunan, gangguan di antara ruang muatan luar dan pesawat akan secara keseluruhannya meningkatkan ciri nampak-radar kepada pesawat itu sendiri.[112] Sejarah operasiPada 4 Ogos 2003, Jerman menerima pesawat Eurofighter pengeluaran siri pertama (GT003).[113] Juga pada tahun yang sama, Sepanyol menerima penghantaran pesawat siri pengeluaran pertama.[114] Pada 16 Januari 2006 pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain melakukan pendaratan cemas di RAF Coningsby. Tayar hadapan pesawat ini gagal berfungsi, walaupun kedua-dua kaedah iaitu sistem biasa dan sistem kecemasan telah digunakan. Pesawat ini telah mendarat dengan menggunakan gear utama dan menggunakan brek aerodinamik, pada masa yang sama juga payung brek dilepaskan. Muncung pesawat kemudiannya direndahkan secara berhati-hati, dan ini telah mengurangkan kerosakkan kepada pesawat. Juruterbang kemudian mengosongkan pesawat apabila tangga yang bersuaian dipasangkan di sebelah pesawat.[115] Pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain ini telah kembali bertugas. Pada 9 Ogos 2007, Kementerian Pertahanan Britain melaporkan bahawa Skuadron No 11, Tentera Udara Di Raja Britain, yang ditubuhkan sebagai skuadron pesawat Typhoon pada 29 Mac 2007, telah menerima 2 buah pesawat pelbagai fungsi Typhoon.[116] Tentera Udara Di Raja Britain berharap memperolehi pesawat pertama Typhoon pelbagai fungsi untuk beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun 2008.[116] Pada 17 Ogos 2007, 2 pesawat Typhoon daripada Skuadron ke-11 diarahkan memintas pesawat Tupolev Tu-95, Rusia yang mendekati ruang udara Britain.[117] Jualan dan pemasaraɲJermanPada 11 November 2020, Jerman telah mengeluarkan satu pesanan tambahan sebanyak 38 buah Tranche 4 di bawah Persetujuan Quadriga.[118] Pesawat ini akan mengantikan versi Tranche 1 yang kini sedang digunakan. Kerangka pesawat pertama mula memasuki produksi pada November 2022. Penghantaran dijangka akan berlaku bermula pada tahun 2025.[119] Pada Mac 2022, kerajaan Jerman telah mengumumkan bahawa keputusan untuk membeli Typhoon EK berbanding pesawat EA-18G Growler untuk menggantikan Tornado ECR yang usang bermula pada tahun 2030.[120] Pada 30 November 2023, jawatankuasa belanjawan Bundestag secara rasminya mengumumkan rancangan untuk mengubahsuai15 buah Typhoon kepada standard Peperangan Elektronik.[121] Pada 5 Jun 2024, satu pengumuman dibuat untuk tambahan 20 buah Typhoon yang akan dipesan selain 38 buah yang telah dipesan.[122] ItaliPada 23 Disember 2024, satu pesanan bernilai €7.5 bilion telah dikeluarkan untuk pembelian 24 buah pesawat.[123][124] SepanyolTentera Udara Sepanyol mempunyai keperluan untuk tambahan 45 buah Typhoon yang akan dibahagikan kepada dua buah kontrak. Halcon I telah ditandatangani pada Jun 2022 untuk membeli 20 buah pesawat dengan penyerahan bermula pada tahun 2026.[125] Kontrak ini bagi 16 buah pesawat satu tempat duduk dan empat buah versi dua tempat duduk, kesemuanya dalam standard Tranche 4. Pesawat ini dijangka akan menggantikan EF-18 Hornets daripada Ala 46, berpangkalan di Pangkalan Udara Gando di Kepulauan Canary.[126] Seterusnya, Halcon II ditandatangani pada 12 September 2023 untuk tambahan 25 buah 25 Typhoon.[127] Pesawat ini akan menggantikan armada EF-18 Hornet yang akan dibersarakan pada tahun 2030. Kerajaan Sepanyol mengumumkan bahawa pesawat ini akan mempunyai konfigurasi Tranche 5.[128] Arab SaudiPada Oktober 2016, dilaporkan bahawa BAE Systems sedang berunding dengan Arab Saudi berkenaan satu pesanan tambahan untuk 48 buah pesawat.[129] Pada 9 Mac 2018, satu memorandum niat untuk tambahan 48 buah Typhoon telah ditandatangani semasa lawatan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman ke United Kingdom.[130] Pada Januari 2024, kerajaan Jerman telah mengumumkan bahawa ia tidak akan lagi menghalang penjualan 48 buah Typhoon kepada Arab Saudi.[131] Setakat Februari 2024, tiada pengesahan rasmi dibuat berkenaan penjualan ini di mana pesawat lain telah dipertimbangkan untuk armada tempur Tentera Udara Diraja Arab Saudi.[132] MesirPada Januari 2023, satu laporan muncul mengatakan bahawa Mesir akan membeli 24 buah Typhoon dalam sebahagian pakej persenjataan bernilai $10–12 bilion yang lebih besar daripada Itali.[133] TurkiyeTurkiye telah menyatakan minat, ekoran keengganan AS untuk membekalkan blok terkini F-16, dengan memulakan rundingan dengan UK.[134] Menteri Pertahanan Yaşar Güler telah merendahkan minat Turkiye yang berterusan untuk memperoleh Typhoon, dengan mengatakan bahawa pesawat ini merupakan pilhan yang menarik, meskipun terdapat ketidaksefahaman dengan Jerman berkenaan potensi pembeliannya. "Jika kita sedar akan isu yang kita berbincang dengan rakan-rakan kita, mungkin kita tidak perlukannya, tetapi kita perlukannya sekarang. Eurofighter adalah satu pilihan yang bagus, dan kita mahu membelinya," Güler berkata dalam satu wawancara yang disiarkan oleh sebuah penyiar persendirian NTV pada 11 Disember 2023.[135] Turkiye menjangka Amerika Syarikat akan meluluskan satu cadangan penjualan pesawat F-16 baharu dan kit pemodenan bagi membalas keputusan lampu hijau Ankara terhadap kemasukan Sweden ke dalam NATO.[136] Ia didedahkan pada November bahawa Turkiye sedang berunding dengan United Kingdom dan Sepanyol berkenaan pembelian 40 buah Typhoon. Sebarang penjualan memerlukan kelulusan daripada Jerman, yang mana mungkin sukar. Presiden Erdoğan berada di Jerman sejak rundingan ini didedahkan, akan tetapi ia tidak ditimbulkan semasa pertemuan dengan Chancellor Jerman Olaf Scholz.[137] Pada 13 November 2024, Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Güler telah mengesahkan bahawa pembelian 40 buah Typhoon selepas mendapat persetujuan Jerman.[138] Lain-lainBeberapa negara telah menyatakan minat mereka terhadap pesawat ini, termasuk Serbia,[139] Bangladesh,[140] Colombia,[141] dan Ukraine.[142] Negara-negara berikut secara rasminya telah mengeluarkan Typhoon daripada program pesawat pejuang mereka: Belgium,[143] Denmark,[144] Singapura,[145] Korea Selatan,[146] Switzerland,[147] dan Finland.[148]
Lihat jugaPesawat setanding RujukanNota
Bibliografi
Pautan luar
|