Internet Movie Database
Internet Movie Database (Melayu: Pangkalan Data Filem Internet ; juga dikenali sebagai IMDb)[2] ialah pangkalan data dalam talian, dimiliki oleh Amazon, mengenai maklumat berkaitan filem, rancangan televisyen, video rumah, permainan video, dan kandungan penstriman dalam talian – termasuk pelakon, kru penerbitan dan biografi peribadi, ringkasan plot, trivia, penarafan, dan ulasan kritikan dan peminat. Ciri-ciri peminat, papan mesej, dimansuhkan pada Februari 2017. Pada asalnya ialah laman web kendalian peminat, pangkalan data ini dimiliki dan dikendalikan oleh IMDb.com, Inc., anak syarikat Amazon. Setakat Januari 2020[kemas kini], IMDb mempunyai anggaran 6.5 juta tajuk (termasuk episod) dan 10.4 juta personaliti dalam pangkalan datanya, serta 83 juta pengguna berdaftar. IMDb bermula sebagai pangkalan data filem bagi kumpulan Usenet "rec.arts.movies" pada 1990 dan berpindah kepada web pada 1993. Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|