James Jemut Masing
Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing (5 Mac 1949 – 31 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari negeri Sarawak. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, Douglas Uggah Embas dan Awang Tengah Ali Hasan di bawah Ketua Menteri Adenan Satem sejak Mei 2016 dan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg sejak Januari 2017. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan dalam Kabinet Sarawak sebelum ini. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak.[1] Latar belakangJames dilahirkan pada 5 Mac 1949, beliau berketurunan etnik Iban dan seorang yang beragama Kristian. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Antropologi dari Universiti Kebangsaan Australia pada tahun 1981. [2] Kerjaya politikJames telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama lapan penggal bagi kawasan Baleh sejak 1983 sehingga kematiannya pada tahun 2021. Beliau memulakan karier politiknya apabila menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sebelum menjadi pengasas bersama dan Presiden pertama Parti Rakyat Sarawak (PRS) sejak 2004 sehingga kematiannya pada tahun 2021.[3] Meninggal duniaPada 28 September 2021, James yang telah divaksin dua dos sepenuhnya disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Umum Sarawak (SGH). Beliau kemudiannya dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Sarawak di Kuching di mana beliau kemudiannya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 31 Oktober 2021 pada usia 72 tahun.[4][5] Keputusan ujian saringan COVID-19 lanjut yang dijalankan ke atas badannya juga menunjukkan negatif.[6] Keputusan pilihan raya
AnugerahAnugerah di Malaysia
Rujukan
Pautan luar |