Jeddah
Jeddah (juga dieja Jedda, Jiddah, Jidda, atau Juddah; جدّة Ǧiddah), adalah sebuah bandar raya Arab Saudi yang terletak di pinggir Laut Merah denagn koordinat (21.50° U 39.1667° T). Bandar ini adalah sebuah bandar utama di Arab Saudi dan merupakan bandar paling besar di Provinsi Mekah. Bandar Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Bilangan penduduk Jeddah kini berjumlah 3.4 juta orang. Jeddah dianggap sebagai pusat komersil Arab Saudi dan bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah, bandar paling suci dalam fahaman agama Islam dan adalah pintu masuk kepada kebanyakaan jemaah haji yang datang dengan kapal terbang ataupun dengan kapal laut. Ejaan dan asal namaTerdapat dua hikayat mengenai nama “Jeddah”. Yang pertama meriwayatkan nama “Jeddah” sebagai bermakna “tepi pantai” kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Hikayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan "jaddah”, perkataan Arab yang bermaksud “nenek”. Mengikut cerita rakyat orang-orang Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat (21.492° N 39.19° E). Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan “Jeddah” sempena nama beliau. (Makam yang dikatakan makan Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi). Dalam dokumen rasmi kerajaan Arab Saudi dan di dalam peta-peta, bandar raya ini dilabelkan sebagai “Jeddah”, tetapi pejabat Hal Ehwal Luar Dan Komanwel British memanggil bandar ini “Jedda” walaupun lain-lain jabatan dan pejabat rasmi British menggunakan Jeddah. LokasiKota Lama Al-Balad mempunyai bangunan rumah dan pejabat komersial yang bertingkat-tingkat dan dibina mengikut binaan tradisional kini sudah ditenggelami pembangunan moden yang memeningkan pengaruh seni reka barat. Tetapi kebelakangan ini, terdapat pergerakan yang kembali mementingkan seni reka tradisional dan terdapat usaha-usaha serius untuk mengekal dan memulih hara bangunan-bangunan tradisional. Bandar raya Jeddah mempunyai beberapa pantai persendirian, termasuk Durrat Al-Arus, Crystal Resort, FAL, Al Remal, Shums, Bait Albahar, Salhia, Sheraton Abhur dan Al Nakheel Village. Kesemua resort ini mempunyai tarikan hidupan laut dan kehidupan terumbu Laut Merah. SejarahJeddah diasaskan sebagai perkampungan nelayan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Namun demikian, perkampungan ini hanya mendapat perhatian dalam tahun 647 S.M. apabila Khalifah Uthman ibn Affan menggunakan pelabuhan di Jeddah sebagai pelabuhan singgah untuk jemaah haji yang hendak menunaikan haji ke Mekah. Selepas zaman Khulafa al-Rasyidin, Jeddah menjadi bandar utama daerah Hijaz (ataupun Hejaz) dan terus berkembang menjadi pelabuhan utama untuk jemaah-jemaah Haji yang membuat perjalanan menggunakan jalan laut. Pada penghujung abad ke-17, Kerajaan Uthmaniah menakluki Hijaz termasuk bandar suci Makkah dan juga pelabuhan Jeddah. Kerajaan Uthmaniah telah membina tembok kota Jeddah berikutan kemenangan mereka mengalahkan armada Lopo Soares de Albergaria Portugis dalam pertempuran di Laut Merah. Semasa Perang Dunia I, Sharif Mekah yang menjadi wakil kepada kerajaan Uthmaniah di tanah Arab memberontak menentang kerajaan Uthmaniah dan menuntut satu kebebasan untuk negara Arab yang bersatu yang merentasi Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yemen. Selepas Perang Dunia I, Putera Ibn Sa’ud yang berasal daripada wilayah Najd menawan Makkah dalam tahun 1924, dan bandar-bandar Madinah dan pelabuhan Jeddah dan menggulingkan Sharif Makkah Hussein Bin 'Ali Al Hashem. Hussein melarikan diri ke Cyprus sebelum berhijrah dan menetap di Amman, Jordan di mana warisnya mengasaskan keluarga diraja Hashimiyah Jordan yang menjadi Raja Jordan. Dalam tahun 1926, Raja Ibn Sa'ud mengambil gelaran Sultan Hijaz di samping gelaran Sultan Najd. Ketika ini, Jeddah sudah kehilangan kepentingannya dalam politik Semenanjung Arab. Hijaz pula dipecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil dan Jeddah kini diletakkan di dalam Provinsi Makkah dengan bandar Makkah sebagai bandar provinsinya. PengangkutanPengangkutan udara dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz. salah sebuah terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badawi. Terminal ini direka untuk mengendalikan lebih daripada 2 juta jemaah Haji yang menggunakan terminal ini semasa musim Haji. Pelabuhan Jeddah pula adalah pelabuhan ke-30 paling sibuk dalam kategori kendalian kontena dan mengendalikan sebahagian besar kendalian laut komersial Arab Saudi.
Kemudahan diplomatikAmerika Syarikat menempatkan salah satu daripada 3 buah pejabat konsulatnya di Jeddah, bersama-sama 67 buah negara lain termasuk Malaysia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Russia dan China berserta Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab. Pada 6 Disember 2004 pihak pelampau menyerang kawasan konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mengakibatkan kematian 5 orang petugas konsulat dan pasukan keselamatan Arab Saudi pula dapat membunuh 4 orang pelampau. PendidikanPusat-pusat pendidikan yang terdapat di Jeddah termasuklah :
Hotel
Membeli belah
Cuaca dan iklimTidak seperti lain-lain bandar di Saudi Arabia, Jeddah mengekalkan cuaca panasnya walaupun semasa musim sejuk. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh Laut merah ke atas iklim Jeddah. Semasa musim sejuk, suhu di sekitar 15 C (59F) pada tengah malam dan menjangkau suhu 25C di waktu tengah hari. Bandar raya kembarJeddah mempunyai 24 bandar raya kembar : GaleriRujukan
Pautan luar |