Kabinet Indonesia Maju merupakan kabinet pemerintahan Indonesia yang dibentuk pada 23 Oktober 2019[1] dan berterusan untuk sepanjang lima tahun pemerintahan PresidenJoko Widodo dan Naib Presiden Ma'ruf Amin. Kabinet ini terdiri daripada 34 orang Menteri dan 8 orang pegawai bertaraf Menteri, di samping 12 orang Timbalan Menteri yang membantu Menteri masing-masing melaksanakan fungsi Kabinet.
Menteri Penyelidikan dan Teknologi / Ketua Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (digabungkan ke Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan pada 28 April 2021)
Sejak berkuatkuasanya Undang-Undang Nombor 39 Tahun 2008, Presiden boleh melantik Timbalan Menteri di kementerian tertentu. Timbalan Menteri (Indonesia: Wakil Mentericode: id is deprecated ) merupakan jawatan kerjaya dan bukan merupakan jemaah kabinet. Berikut adalah Timbalan-timbalan menteri yang mendampingi beberapa orang menteri dalam Kabinet Indonesia Maju.
Pada 22 Disember 2020, Presiden Joko Widodo umum rombakan kabinet susunan Kabinet Indonesia Maju dengan menggantikan enam menteri.[5] Mereka dilantik pada 23 Disember 2020.[6]
Dihari yang sama, Presiden Joko Widodo juga melantik lima timbalan menteri, yang komposisinya ialah dua timbalan menteri pengganti dan tiga timbalan menteri baru.[7]
Nadiem Makarim, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, menjadi Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan, dan Teknologi.
Bahlil Lahadalia, Ketua Badan Penyelarasan Pelaburan Modal (BKPM), menjadi Menteri Pelaburan merangkap Ketua BKPM.
Rombakan Kabinet III
Selepas masuknya Parti Amanat Nasional ke kerajaan, Presiden Joko Widodo langsung melakukan rombakan kabinet secara mengejutkan. Pada 15 Jun 2022, Jokowi memanggil semua ketua-ketua parti kerajaan, termasuk Pengerusi Parti Amanat Nasional, Zulkifli Hasan. Ada dua menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam kabinet, yaitu: