Kaohsiung
Takau atau nama Cina rasminya Kaohsiung (Tulisan Cina: 高雄市, Pinyin: Gaoxiong Shi) adalah sebuah kawasan perbandaran yang terletak di selatan pulau Taiwan tadbiran Republik China. Ia mula didirikan orang asli Makatau sebagai petempatan di pesisiran yang dikelilingi pancang-pancang buluh (bahasa Siraya: takau) yang diketahui orang Hokkien sebagai 打狗 Táⁿ-káu[1] malah Takow dalam penulisan lama Barat.[2] Penjajah Jepun menulis nama ini mengikut sebutan bahasa mereka juga sebagai 高雄 Takao (hiragana: たみお takao)[1] dirasmikan tahun 1920.[3] Namun, nama asal tersebut dicinakan kepada 高雄 Gāoxióng atau bentuk Rumi Wade-Gilesnya Kaohsiung selepas pemerintahan Republik China mengambil alih pulau tersebut.[4][5] Pada 2009, World Games adalah dibuka bertanding di bandar selatan Taiwan ini. Rujukan
Pautan luar
|