Khoo Teck Puat
Tan Sri Khoo Teck Puat (Bahasa Cina: 邱德拔 ; pinyin: Qiū Débá; 13 Januari 1917–21 Februari 2004) ialah seorang ahli perbankan dan hartawan hotel kelahiran Malaysia, dengan anggaran hartanya sebanyak $4.3 bilion, juga ialah hartawan Singapura terkaya. Beliau memiliki perhotelan butik kumpulan Goodwood di London dan Singapura dan merupakan pemegang saham Standard Chartered Bank di Britain. Kekayaan hartanya datang daripada saham-saham bank Standard Chartered di Great Britain, yang mana beliau telah membelinya pada tahun 1980-an untuk membantu menggagalkan cadangan pemilikan Lloyds Bank yang mana kebanyakan pakar kewangan melihatnya sebagai satu permusuhan. Goodwood Park Hotel di Singapura, yang dibina pada tahun 1900, merupakan satu tempat bersejarah pada masa kini sedang melalui pemuliharaan. BiografiKhoo menerima pendidikan awal di St Joseph's Institution di Singapura pada tahun 1930. Beliau dididik sehingga lapan tahun sebelum perkahwinannya pada usia 17 tahun, dan mula bekerja di bank Oversea-Chinese Banking Corporation (OCBC) sebagai kerani bank perantis pada tahun 1933. Semasa dilampirkan bersama OCBC, Khoo berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) selama satu tahun pada tahun 1958. Peningkatan kerja beliau di OCBC pesat dan beliau membangun hubungan yang kuat dengan Tan Chin Tuan sehingga mereka mempunyai perbezaan pendapat yang menyebabkan beliau meninggalkan OCBC pada tahun 1959 sebagai Pengurus Besar. Beliau berpendapat bahawa OCBC berkembang terlalu perlahan dan tidak membuka cawangan yang mencukupi di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaya. KerjayaKedermawananHospital Khoo Teck Puat di Singapura telah dinamakan sempena beliau.[4] Lihat jugaRujukan
Pautan luar |