Lantanid
Lantanid atau lantanoid adalah siri unsur kimia yang terdiri dari 15 unsur, bermula dari lantanum (La) hingga lutetium (Lu) pada jadual berkala, dengan nombor atom 57 hingga 71. Unsur kumpulan lantanid boleh ditulis dengan simbol Ln. Semua lantanid, kecuali lutetium, adalah unsur blok-f yang menunjukkan bahawa elektronnya diisi hingga ke orbit 4f. Unsur-unsur lantanid juga membentuk ion trivalen, Ln3+. Golongan ini diberi nama berdasarkan lantanum yang memulakan siri ini. Semua lantanid bersama dengan skandium serta itrium membentuk kumpulan unsur nadir bumi. Semua unsur merupakan unsur purba kecuali prometium yang wujud daripada pereputan radioaktif. Sifat fizikalSifat-sifat umum logam lantanid adalah seperti di jadual di bawah:
Sifat kimiaAtom unsur lantanid memiliki tiga elektron valens, dua di orbital 6s dan satu di orbital 5d. Apabila merentasi siri lantanid, elektron-elektron memenuhi tujuh orbital 4f, dari lantanum (tiada elektron) ke lutetium yang mempunyai 14 elektron yang memenuhi kesemua orbital 4f.[2] KewujudanMineral-mineral lantanid di bawah merupakan jenis mineral lantanid umum beserta contoh mineral.[2]
Rujukan
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik. |