M. Asojan
Datuk Asojan Muniyandy (lahir 20 Disember 1965) merupakan seorang ahli politik di Malaysia berbangsa India. Kerjaya PolitikM.Asojan merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Gambir bagi kawasan Parlimen Ledang, Johor. Beliau mengambil alih sebagai Pengerusi MIC negeri Johor secara rasminya pada 22 November 2016. Sebagai ketua pemimpin kaum India di dalam MIC Johor beliau telah menyumbang pelbagai sumbangan yang membantu kemajuan kaum India di Johor. Terdapat perjumpaan awam pada setiap hari kecuali hari pelepasan am. Perjumpaan awam tersebut berlangsung pada sesi pagi sahaja. Di dalam perjumpaan tersebut, Ketua Biro Kebajikan MIC Johor merangkap Ketua Bahagian MIC Pasir Gudang, Encik R. Sabapathy merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor akan mempengerusikan perjumpaan awam tersebut. [1] PengalamanPilihan raya umum MalaysiaPilihan raya umum Malaysia ke-11Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya, membuat persepadanan baharu bahagian Parlimen Ledang. ADUN Gambir telah diwujudkan. Beliau merupakan calon yang sesuai untuk bertanding bagi memperkuatkan pengaruh Barisan Nasional bagi negeri Johor. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS. Kerusi N9 Gambir
Pilihan raya umum Malaysia ke-12Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mempertahankan kerusi ADUN Gambir. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS. Kerusi N9 Gambir
Pilihan raya umum Malaysia ke-13Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Negeri Gambir untuk penggal ketiga berturut-turut. Pada pilihan raya tersebut, persaingan empat (4) penjuru dengan menyaksikan dua (2) calon bebas berbangsa melayu turut bersaing bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS negeri Johor, Datuk Mahfodz Bin Mohamed. Datuk M. Asojan berjaya menewaskan kesemua calon tersebut dengan majoriti tipis. Beliau merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di Dewan Undangan Negeri Johor selama tiga penggal berturut-turut sebelum ini Datuk S. Krishnasamy mewakili ADUN Tenggaroh, Johor. Kerusi N9 Gambir
Pilihan raya umum Malaysia ke-14Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR) Kerusi N9 Gambir[2]
AlamatTingkat 5, Bangunan MIC Johor, 49, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru, Johor. Anugerah
RujukanPautan luar |