Mohd Na'im Mokhtar
Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar (lahir 25 November 1967) adalah Mantan Ketua Pengarah merangkap Mantan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.[1]. Beliau telah menerima watikah perlantikan sebagai Senator Dewan Negara daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia bermula Disember 2022.[2] Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur, telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Setia Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak. PendidikanDr. Mohd Na'im mendapat pendidikan di Kolej Islam Sultan Alam Shah dan kemudian menyambung pelajaran didalam lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[4] Beliau juga pernah dilantik sebagai Professor Adjung di beberapa Universiti tempatan antaranya:
Selain itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut mengiktiraf beliau dengan pelantikan sebagai Panel Penasihat Fakulti Syariah dan Undang-Undang bagi tempoh 2 tahun bermula Jun 2022 hingga Mei 2024. Dr. Mohd Na'im merupakan penerima Anugerah Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2021. KerjayaSebelum menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mohd Na'im pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie yang menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), menyandang jawatan sebagai Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Lantikan dalam jawatankuasaSepanjang Karier beliau, Dr. Mohd Naim telah menerima lantikan sebagai ahli dalam pelbagai jawatankuasa dalam negara antaranya,
Selain daripada itu, Dr. Mohd Na'im juga telah dilantik sebagai fasilitator kursus khas latihan Hakim-Hakim bagi negara Brunei, Maldives, Bangladesh, Bangsa Moro Filipina dan lain-lain negara, selain turut merupakan panel dan Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ahli ‘Focus Group on Enforcing Nafkah’ Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Panel Penasihat Industri Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Dr. Mohd Na'im juga merupakan pernah menjadi Pensyarah Jemputan di UKM, UIAM, UITM, UIM, USIM dan Universiti Multimedia sejak 1998. Selain itu, beliau juga pernah menganggotai Lembaga Penasihat Syariah Bank-Bank Islam serta Syarikat Takaful antaranya CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd, Sun Life Insurance, American and British Investment Bank (Mauritius) dan Takaful Ikhlas. Mengiktiraf kepakaran beliau, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pernah melantik Dr. Mohd Naim sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah AIBIM bermula 2 Ogos 2021. Dr. Mohd Na'im seringkali menerima jemputan sebagai pembentang kertas kerja dalam bidang pengkhususan iaitu undang-undang dan syariah di persidangan tempatan bahkan juga peringkat antarabangsa. Beliau juga turut pernah menjadi tetamu jemputan tetap Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi program “Dari Hati Kita Berkongsi Mencari Solusi”. Anugerah
Rujukan |