Organisasi tenteraUnit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran. Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuah rejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeni, platun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit. Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan briged, divisyen, kor dan seterusnya ke atas. Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai tempur" atau Order of Battle. Organisasi tentera daratArtikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa istilah yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan istilah-istilah dalam angkatan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.
Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged. Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (batalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platun), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun. Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Pemerintahnya dipanggil Panglima Medan Tentera Darat. Organisasi tentera lautBerbeza dengan pasukan darat, organisasi tentera laut, pada kebanyakan masa secara amnya, hampir tidak statik. Ini sering berlaku terutama bagi formasi flotilla dan formasi yang lebih besar darinya. Formasi-formasi kadangkala mengalami perubahan dengan cepat sama ada diceraikan atau digabungkan untuk memenuhi objektif atau tugasan tertentu yang ditetapkan oleh tentera laut. Bagaimanapun wujud organisasi yang dapat dikenalpasti dan dianggarkan saiznya walaupun tidak tetap malahan bukan untuk jangkamasa yang panjang.
Organisasi tentera udaraOrganisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan. Struktur organisasi tentera udara berbeza-beza antara negara: sesetengah tentera udara (seperti Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja British atau RAF) telah dibahagikan kepada markas pemerintahan, grup dan skuadron; lain-lain (seperti Tentera Udara Soviet) mempunyai sebuah struktur organisasi gaya Tentera Darat. Tentera Udara Diraja Kanada yang moden menggunakan Divisyen Udara sebagai formasi antara Wing dan seluruh pemerintahan udara. Seperti RAF, Wing Kanada terdiri daripada skuadron.
Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan. Lihat jugaNota
Rujukan |