Parti Warisan
Parti Warisan (atau singkatan rasmi WARISAN, juga dikenali sebagai Warisan Malaysia atau Parti Warisan Nasional, sebelum ini Parti Warisan Sabah) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan di Sabah. Ia telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh presidennya, Mohd Shafie Apdal bersama-sama Darell Leiking dan beberapa ahli politik negeri Sabah yang lain.[1][2][3] Walaupun ia pada awalnya ditubuhkan bagi kepentingan masyarakat Sabah, namun ia tidak menghalang parti tersebut melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia[4]. SejarahWarisan diasaskan pada 17 Oktober 2016 mengambil alih dan menjenamakan semula parti sebelumnya iaitu Parti Pembangunan Warisan Sabah[5] Parti ini memperjuangkan perpaduan semua rakyat bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh serta stabil[4]. Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandaskan konsep parti milik semua kaum. Penyertaan dalam pilihan rayaWarisan mula menyertai pilhan raya pada pilihan raya umum Malaysia 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2018, bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Dalam pilihan raya tersebut, Warisan yang menang 21 kerusi berjaya menjadi parti pemerintah di Sabah bersama-sama PH (8 kerusi) dan Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (6 kerusi) yang bertindak keluar Barisan Nasional, serta beberapa orang wakil rakyat yang bertindak keluar dari UMNO. Warisan turut menyertai pilihan raya kecil Kimanis 2020 menentang BN, namun tewas. Dalam pilihan raya negeri 2020 pula, gabungan Warisan, PH dan UPKO gagal mempertahankan pemerinahan dua tahun sembilan bulan di Sabah apabila tewas kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam majoriti mudah. Pada PRN Sabah 2020, Warisan hanya menang 23 kerusi dan selepas PRU-15 2022, kerusi parlimen Parti Warisan berkurang kepada 3 kerusi dan ADUN Sabah Warisan berkurang kepada 16 kerusi. Manakala di Selangor pula Warisan berjaya menambah 1 kerusi ADUN Selangor yang dimiliki oleh Bryan Lai Wai Chong dari kawasan N22 Teratai, Selangor. Lambang partiLambang parti terbentuk dari 4 unsur berlatar belakangkan warna Putih iaitu; satu imej Kapal Layar yang berwarna Biru Pekat, Laut berwarna biru muda, Dua Tangan bersalaman, tangan sebelah kanan berwarna Biru Pekat dan tangan sebelah kiri berwarna Merah, imej Bunga Padi berwarna Putih pada kedua-dua tangan bersalaman dan nama PARTI WARISAN ditulis di bawah logo yang mana perkataan PARTI WARISAN berwarna biru Struktur Kepimpinan
Wakil rakyat semasaDewan Rakyat
Dewan Undangan Negeri
pilihan raya umum
pilihan raya negeriPautan luarLihat jugaRujukan
|