Pengerusi ialah penjawat yang mempengerusikan sesebuah kumpulan tersusun seperti lembaga, jawatankuasa, atau badan perundingan. Orang yang memegang jawatan, yang biasanya dipilih atau dilantik oleh anggota kumpulan atau pertubuhan, mempengerusikan semua mesyuarat kumpulan, dan perlu mengendalikan urusan kumpulan dalam keadaan teratur.[1]
Di sesetengah pertubuhan, pengerusi dikenali sebagai presiden (atau gelaran lain).[2][3] Selain itu, di mana sebuah lembaga melantik presiden (atau gelaran lain), dua istilah ini digunakan untuk jawatan yang berbeza. Istilah pengerusi dalam bahasa Melayu boleh digunakan dalam keadaan yang berkecuali, tidak menjurus kepada mana-mana jantinan penyandang. Dalam mesyuarat atau persidangan, "mempengerusikan" bermaksud mengetuai acara.[4]
Istilah untuk jawatan kepengerusian dan penyandangnya termasuklah pengerusi, pemudah cara, perantara, moderator, fasilitator, presiden dan pegawai pengerusi.[5][6][7][8][9] Pengerusi bagi sesebuah dewan parlimen biasanya dipanggil speaker atau yang dipertua.[10][11]
^"Chairing". Cambridge Dictionary (ed. Online). Dicapai pada 22 January 2024.
^Hellinger, Marlis, penyunting (2001). Gender across languages: The Linguistic Representation of Women and Men (IMPACT: Studies in Language and Society). Amsterdam: Benjamins. m/s. 125. ISBN90-272-1841-2.
^"Chairperson". Merriam-Webster. Dicapai pada 2014-01-10.
^Although convener means someone who summons (convenes) a meeting, the convener may take the chair. The Oxford English Dictionary (2nd edition, 1989) offers this citation: 1833 Act 3–4 Will. IV, c. 46 §43 "The convener, who shall preside at such committee, shall be entitled to a casting vote." This meaning is most commonly found in assemblies with Scottish heritage.