Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2013
Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2013 merupakan pilihan raya negeri bagi Negeri Sembilan ke-13 diadakan pada 5 Mei 2013, bersama-sama Pilihan raya umum Malaysia 2013. Pilihan raya sebelumnya diadakan pada 8 Mac 2008. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih kebiasaannya untuk tempoh 5 tahun. Dewan Undangan Negeri Sembilan dibubarkan pada 27 Mac 2013 secara automatik selepas tempoh penggal lima tahunnya berakhir, menjadikan Negeri Sembilan negeri yang pertama di negara ini dibubarkan secara automatik selepas pilihan raya umum Malaysia 2008[1]. SainganBarisan Nasional (BN) bertanding di semua 36 bahagian pilihan raya negeri. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bertanding di 22 kerusi, Persatuan Cina Malaysia (MCA) bertanding di 10 kerusi, Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) masing-masing bertanding 2 kerusi. Pakatan Rakyat (PR) bertanding juga di semua 36 bahagian pilihan raya negeri. Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 13 kerusi. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding di 12 kerusi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertanding di 11 kerusi, Kesemua parti komponen PH bertanding menggunakan lambang PKR. 10 orang calon perseorangan bertanding atas tiket Bebas di 8 kerusi Statistik parti
KeputusanPilihan raya negeri Negeri Sembilan 2013 menyaksikan kemenangan 22 kerusi parti pemerintah dan 14 kerusi parti pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Barisan Nasional 22 kerusi manakala gabungan parti Pakatan Rakyat menang 14 kerusi. Kerusi yang bertukar parti
Rujukan
|