Pixy (/ˈpɪksi/; Hangul: 픽시; RR: Piksi, digayakan dalam semua huruf besar) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Allart Entertainment and Happy Tribe Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri dari tiga orang ahli iaitu Dia, Sua dan Rinji. Ahli kumpulan terdahulu Ella dan Satbyeol meninggalkan kumpulan pada 27 Ogos 2022 kerana masalah kesihatan. Kemudian, Dajeong meninggalkan kumpulan pada 20 Jun 2024 atas sebab pribadi. Pada 15 September 2024, Lola meninggalkan kumpulan selepas menamatkan kontraknya.
Sejarah
Pra-debut
Ella adalah bekas ahli kumpulan Cherry Bullet yang menggunakan nama panggung Mirae. Dia meninggalkan kumpulan itu pada 13 Disember 2019 bersama ahli Kokoro dan Linlin kerana alasan peribadi.[1] Satbyeol adalah bekas ahli kumpulan Girls 'Alert. Pada 24 April 2020, syarikat Roots Entertainment menolak pengeluaran album kumpulan tersebut kerana keadaan yang semakin teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19. Tiga orang ahli memilih untuk tinggal, sementara Satbyeol akan bergabung dengan agensi baru.[2] Satbyeol juga turut serta dalam JTBCMix Nine, menduduki tempat ke-93. Dajeong adalah bekas ahli kumpulan kanak-kanak SUPA, kumpulan itu kemudian dibubarkan pada tahun 2018.
2021: Debut dengan With My Wings, Bravery dan Temptation
Pada 24 Februari, kumpulan ini secara rasmi debut dengan album single mereka With My Wings dengan single utama "Wings".[3]
Pada 20 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Bravery dengan single utama "Let Me Know".[4]
Pada 7 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Temptation dengan single utama "Addicted" dan "Bewitched".[5]
2022–2023: Reborn, Ella dan Satbyeol meninggalkan kumpulan, Chosen Karma dan The Voice
Pada 15 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Reborn dengan single utama "Villain".[6] Ahli Ella tidak akan mengambil bahagian kerana dia akan hiatus atas sebab kesihatan.[7]
Pada 27 Ogos, Allart Entertainment mengumumkan bahawa disebabkan keadaan kesihatan mereka, Ella dan Satbyeol secara rasmi meninggalkan Pixy dan kumpulan ini akan menyusun semula sebagai empat orang ahli.[8]
Pada 27 September, Allart Entertainment mengumumkan bahawa Hwang Rin-ji, di bawah nama pentas Rinji, akan menyertai kumpulan ini pada permulaan jelajah Eropah mereka "Wanna Be Your Villain".[9]
Pada 15 Disember, kumpulan ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan lagu yang belum dikeluarkan bertajuk "Trick or Treat" pada 18 Disember.[10] Pada 18 Disember, klip konsep untuk lagu itu telah dikeluarkan di YouTube.[11]
Pada 10 Mac 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Chosen Karma dengan single utama "Karma".[12]
Pada 24 Oktober 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini digital mereka The Voice dengan single utama "Truth Or Dare".[13]
2024–kini: Dajeong dan Lola meninggalkan kumpulan
Pada 20 Jun 2024, Dajeong mengumumkan melalui Instagramnya bahawa dia telah meninggalkan PIXY.[14]
Pada 15 September, Lola mengumumkan melalui Instagramnya bahawa kontraknya dengan Allart Entertainment telah tamat dan dia akan meninggalkan PIXY.[15]
Ahli
Dia (디아) – Ketua, Penari, Vokalis
Sua (수아) – Vokalis
Rinji (린지) – Penyanyi "Rap"
Bekas ahli
Ella (엘라) - Ketua, Vokalis
Satbyeol (샛별) – Penyanyi "Rap"
Dajeong (다정) – Vokalis
Lola (로라) – Penyanyi "Rap"
Garis masa
Diskografi
Album mini
Senarai album mini, menunjukkan butiran yang dipilih, kedudukan carta yang dipilih dan angka jualan
^"PIXY(픽시) 엘라 샛별 그룹 활동 관련 안내". m.cafe.daum.net (dalam bahasa Korea). August 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
^"안녕하세요. 올라트엔터테인먼트입니다". m.cafe.daum.net (dalam bahasa Korea). September 27, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2022. Dicapai pada September 28, 2022.
^"Circle Chart" 2021년 10월 Album Chart [October 2021 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2021. Dicapai pada November 11, 2021.