Pulau Tawar
Pulau Tawar merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ramai yang keliru antara Mukim Pulau Tawar dan Kg Pulau Tawar . Secara amnya bila merujuk kepada Mukim Pulau Tawar ia adalah gugusan kampung-kampung dan felda yang ada di dalam Mukim Pulau Tawar itu sendiri . Sementera itu bila merujuk kepada DUN Pulau Tawar ia lebih meluas merankumi gugusan Felda Gelangi , gugusan Felda Lepar Utara dan sebahagian gugusan Felda Jengka Tetapi jika merujuk kepada Kampung Pulau Tawar , ia adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu Paya Kangsa . Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang lebih layak sebagai Kg Pulau Tawar yang asal . Kampung Pulau Tawar
Kampung dalam Mukim Pulau Tawar
FELDA
SalasilahKeturuan masyarakat Kampung Pulau Tawar itu pada asalnya dari pelbagai tempat . Ianya akibat migrasi penduduk dari sekitar Tanah Melayu dan Nusantara yang akhirnya membentuk masyarakat asal di Kampung Pulau tawar ini sejak dari 500 tahun dahulu . Adalah dipercayai masyarakat asal Pulau tawar adalah dari keturunan Minangkabau dari Pagar Ruyong yang berhijrah ke Pulau Tawar sekitar 400-500 tahun dahulu . Kemudian berlaku perkhawinan campur dengan masyarakt lain sperti dari Jambi , Terengganu , Johor dan Kelantan yang akhirnya kini membentuk budaya dan bahasa masyarakat Pulau Tawar[perlu rujukan] RujukanPautan luarKoordinat: 3°54′N 102°26′E / 3.900°N 102.433°E
|