Putera Bersama Andorra
Kerajaan Bersama Andorra merupakan ketua-ketua negara (Cap de l'Estat)[1] Andorra, sebuah negara mikro yang terletak dalam pergunungan Pyrene di antara Perancis dan Sepanyol. Pemerintahan diarkikal ini diasaskan pada tahun 1278 melalui perjanjian antara Uskup Urgell dan Adipati Foix dari Perancis, lalu telah lama bertahan dari sebelum Zaman Pertengahan lagi sehinggalah ke hari ini. Uskup Urgell (kini dijawat Joan Enric Vives Sicília) kekal dalam tampuk kekuasaannya sebagai seorang "Putera Andorra", namun pemindahan kuasa Bupati Foix kepada pemerintahan beraja Perancis dan seterusnya kepada Presiden dari Republik Perancis turut menjadikan penguasa ini mewarisi penjawatan secara bergandingan (kini dipegang Emmanuel Macron). Kedua-dua penguasa ini melantik wakil peribadi mereka - kini diwakili Patrick Strzoda (bagi pihak Perancis) dan Josep Maria Mauri (bagi pihak Urgell). Peranan dalam politik kontemporariPerlembagaan Andorra mentakrifkan secara telitinya peranan dan prerogatif kedua-dua Putera Bersama negara tersebut pada hari ini. Teks tersebut menyatakan Andorra sebagai suatu "negara kerajaan bersama berparliamen",[2] yang mewajibkan Presiden Perancis dan Biskop Urgell berkhidmat bersama sebagai ketua-ketua negara tersebut.[3] Perlembagaan ini turut membezakab antara kuasa yang boleh dilaksanakan mereka dengan sendirinya (Perkara 46), dengan tandatangan balas ketua kerajaan Andorra atau persetujuan Síndic General ("Majlis Am"), iaitu badan perundangan Andorra (Perkara 45). Kuasa-kuasa yang boleh dilaksanakan kedua-dua Putera ini dengan sendirinya termasuk:[4]
Kuasa-kuasa yang boleh dilaksanakan mereka bersama ketua kerajaan termasuk:[5]
Setiap Putera diberikan elaun yang tetap oleh Majlis Am untuk digunakan sepertimana yang dikehendaki baginda.[7] Putera ini juga melantik wakil persendirian baginda di Andorra,[8] dan Perlembagaan membenarkan seorang Putera memerintah menggantikannya dengan persetujuan ketua kerajaan atau Majlis Am Andorra, sekiranya putera tersebut tidak dapat melakukan tugasnya seperti yang sepatutnya.[9] Terdapat beberapa perjanjian tertentu yang memerlukan penglibatan kedua-dua putera ini (atau wakil yang dilantik) dalam proses perundingan serta pengesahan akhir mereka; hal ini diperincikan dalam Perkara 66 dan 67 dalam Perlembagaan. Kedua-dua putera ini bersama mengekalkan hak mengusulkan pemindaan dalam perlembagaan yang turut dipegang Majlis Am.[10] Mereka tiada kuasa veto ke atas undang-undang yang diluluskan Majlis Am, namun mereka tetap mempunyai veto terhadap perjanjian antarabangsa tertentu, sepertimana yang dijelaskan di atas. Rujukan
Pautan luar |