RadarRadar - suatu kependekan baru digunakan untuk pengesanan dan pengukuran atau pengarahan radio (radio detection / direction and ranging)[1][2][3][4] - merupakan sistem untuk mengesan, mengukur (menentukan jarak) dan memeta objek seperti kapal terbang dan hujan. Gelombang radio yang kuat dipancarkan, dan penerima mendengar untuk gema yang terpesong. Dengan menganalisa signal, pemesong boleh ditemui dan kadang kala di kenal pasti. Walaupun jumlah signal dikembalikan kecil, signal radio boleh dikesan dengan mudah dan diperkuatkan. Gelombang radar radio boleh dihasilkan dengan mudah pada kekuatan yang diingini, boleh dikesan walaupun dengan kuasa rendah, dan kemudiannya diperkuatkan beberapa kali ganda. Oleh itu, radar sesuai untuk mengesan objek pada jarak jauh di mana cara lain seperti bunyi, daya penglihatan, menjadi terlalu lemah untuk digunakan. BinaanSebuah radar itu terdiri daripada komponen-komponen berikut:
KegunaanPesawat-pesawat udara dipasangkan dengan alatan radar yang memberikan amaran mengenai pesawat atau halangan lain yang mendatangi laluan mereka serta memberikan maklumat cuaca persekitaran dan bacaan altitud yang tepat. Radar laut khas digunakan untuk mengukur bearing dan jarak kapal-kapal agar dapat mengemudi, serta mengelakkan perlanggaran daripada berlaku serta menetapkan kedudukan di laut apabila berada dalam jarak persisiran atau tiitk rujukan yang tetap seperti pulau-pulau, apungan dan kapal suar yang berkeliaran. Sistem trafik berasaskan teknologi ini juga digunakan untuk mengawasi dan mengawal pergerakan kapal di perairan yang sibuk seperti dalam pelabuhan besar. Sistem ini juga digunakan dalam bidang kaji cuaca untuk mengawasi pergerakan kerpasan dan angin setempat, malah menjadi alat yang penting dalam peramalan cuaca jangka pendek serta pemerhatian fenomena cuaca yang dahsyat seperti ribut petir dan salji, puting beliung dan sebagainya. Rujukan
Pautan luar |