Rampasan kuasa Brazil 1964
Rampasan kuasa Brazil 1964 (Portugis: Golpe de estado no Brasil em 1964 atau juga golpe de 64 ) berlaku dari 31 Mac sehingga 1 April 1 di mana Presiden João Goulart digulingkan Angkatan Tentera Brazil dengan sokongan pemerintah Amerika Syarikat.[1][2] Pada hari berikutnya, Kongres Negara Brazil menyuarakan sokongan terhadap kudeta ini dengan merasmikan kekosongan jawatan Presiden Brazil.[3] Campur tangan asingDuta Amerika Syarikat pada ketika itu, Lincoln Gordon, bersama atase tenteranya, Kolonel Vernon A. Walters, memberikan perkembangan terkini mengenai krisi politik dalam Brazil ketika itu kepada Presiden Lyndon B. Johnson. Johnson menggesa agar Gordon menyokong penggulingan Goulart yang dianggap berfahaman "haluan kiri" (maka mungkin bersekutu dengan negara-negara berpemerintah sosialis atau komunis).[4] Tambahan lagi, Presiden sebelumnya iaitu John F. Kennedy turut mempunyai rancangan mengawal Brazil daripada menjadi "seumpama China atau Cuba" setelah mendapati hubungan Goulart dengan puak radikalis anti-Amerika Syarikat,[5] di mana Lyndon meneruskan rancangan tersebut dengan membekal senjata bawaan Tentera Laut Amerika Syarikat dalam suatu operasi iaitu Operation Brother Sam. Lihat jugaRujukan
Pautan luar
|