Renggam
Renggam merupakan nama sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Kluang (pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam), Johor, Malaysia . Renggam juga terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 82km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Renggam juga merupakan salah satu pusat perindustrian yang terdapat dalam negeri Johor. Bandar atau Pekan lain yang berdekatan dengan Bandar Renggam adalah Pekan Layang-Layang dan Bandar Simpang Renggam. Bilangan penduduk daerah Simpang Renggam kini melebihi 70,000 orang dan kawasan bandar Renggam itu sendiri mempunyai 17,430 penduduk manakala Bandar Simpang Renggam pula mempunyai penduduk sekitar hampir 26,000 orang. Asal usul nama Renggam bermula pada sekitar tahun 1950 iaitu peristiwa letusan Gunung Berapi Krakutwa pada tahun 1950 telah mewujudkan penempatan baru disekitar daerah Kluang selatan. Sebuah bukit telah terbelah dua dan menjadi renggang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'renggang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. Sebutan 'Renggang' lama kelamaan telah menjadi 'Renggam'. Itulah asal usul nama Renggam yang telah digunapakai dari dahulu sehingga kini.[perlu rujukan] Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini. KemudahanKemudahan SukanStadium Mini Bandar Renggam
Kemudahan Lain
Kemudahan kesihatanBagi kemudahan kesihatan, Bandar Renggam tidak mempunyai sebuah Hospital. Terdapat sebuah klinik kesihatan yang terletak berhampiran dengan Bandar Renggam. Kemudahan Perpustakaan AwamPada masa kini Bandar Renggam mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Kawasan perumahan yang dikenali sebagai KEMAS. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam. Perpustakaaan ini beroperasi dari hari ahad hingga khamis dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Kemudahan BombaRenggam mempunyai sebuah balai bomba Kelas A iaitu Balai Bomba Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam. Kemudahan PolisRenggam mempunyai sebuah balai polis Kelas C iaitu Balai Polis Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam.Ketua Polis balai Renggam berpangkat Sarjan Mejor (SM) dan mempunyai kekuatan seramai 12 orang Kemudahan PosBersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di tengah-tengah bandar Renggam yang menyediakan perkhidmatan pos. Kemudahan InternetInternet dapat diakses melalui langganan perkhidmatan melalui Telekom Malaysia. Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan Streamyx dan Unifi di Renggam. Celcom dan SKMM juga menyediakan perkhidmatan yang sama untuk penduduk bandar Renggam. Kemudahan PengangkutanKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)Rengam Railway Station
Semua perkhidmatan keretapi antarabandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi Renggam
Terminal Bas RenggamRenggam Bus Station, Pusat Bandar Renggam
Penempatan
SekolahBerikut adalah senarai nama sekolah yang terletak di kawasan Renggam
Lihat juga |