Roland Chia Ming Shen
Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen adalah merupakan ahli politik tempatan berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.[1] Beliau juga merupakan ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN RAKYAT), iaitu sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau telah dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam sejak 2023. Manakala, Pada tahun 2024, Beliau telah mengetuai perhimpunan khas GAGASAN RAKYAT Inanam Cawangan Daerah Menggatal dan telah merasmikan beberapa cawangan Pemuda GAGASAN di kawasan Likas dan Inanam. PolitikPKRDr. Roland pada awalnya merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah sehingga tahun 2020. Pada tahun 2020, beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cawangan Sabah atas sebab beliau telah melihat potensi besar kepemimpinan Ketua cawangan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sangat merangkumi semua aspek keperluan memimpin sebuah parti. Beliau juga mengatakan bahawa beliau ingin menambah pengalaman politik baru di dalam parti yang berbeza demi pembaharuan pembangunan yang berada di kawasan beliau terutama kawasan Dun Inanam. BersatuDr. Roland telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi Sayap Bersekutu BERSATU pada 30 September 2021 lalu.[2] Selain daripada itu, beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.[3] Gagasan RakyatPada penghujung tahun 2022, beliau telah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai parti tempatan Sabah yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah atau lebih dikenali sebagai GAGASAN RAKYAT, sebuah parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Penyertaan beliau diterima pada tahun 2023 dan Roland sekaligus dilantik menjadi Ketua Bahagian GAGASAN RAKYAT untuk Dun Inanam atas pengalaman politik beliau di Dun Inanam menggantikan penyandang sebelumnya iaitu Datuk Francis Goh Fah Shun. Penghargaan
Rujukan |