Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
Setiausaha Pertahanan ( Bahasa Inggeris : Secretary Of Defense ; singkatan : SecDef ) merupakan ketua Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, berhubung dengan khidmat ketenteraan dan dan hal-ehwal ketenteraan termasuk Angkatan Tentera Amerika Syarikat bersamaan dengan Menteri Pertahanan di negara lain. Setiausaha dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat dengan persetujuan Senat Amerika Syarikat, dan juga merupakan ahli kepada Kabinet Ameika Syarikat. Menurut statut, setiausaha itu harus merupakan orang awam yang tidak pernah berkhidmat dalam komponen aktif Angkatan Tentera Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya sepuluh tahun (Kanun Amerika Syarikat 10, Seksyen 113 - Perhatikan bahawa Kongres telah meluluskan sebuah undang-undang yang membenarkan George Marshall dilantik pada tahun 1950, walaupun beliau hanya menjadi orang awam sejak tahun 1945). Setiausaha Pertahanan berkedudukan tempat keenam dalam susunan penggantian Presiden Amerika Syarikat Penyusunan dan perananJawatan Setiausaha Amerika Syarikat dicipta pada tahun 1947 ketika Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Darat, dan Angkatan Tentera Udara yang baru dicipta digabungkan menjadi Badan Tentera Negara yang baru. Dalam penyusunan semula besar-besaran itu, Setiausaha Perang digantikan oleh Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, dan bersama-sama Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat dan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat yang baru, masing-masing merupakan jawatan bukan Kabinet di bawah Setiausaha Pertahanan. Pada tahun 1949, Badan Tentera Negara dinamai semula sebagai Jabatan Pertahanan, suatu nama yang masih digunakan pada hari ini. Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Setiausaha Pertahanan sering dirujuk dengan mudah sebagai "SecDef". Setiausaha Pertahanan dan Presiden Amerika Syarikat bersama-sama merupakan Pihak Berkuasa Pemerintahan (NCA) yang mempunyai kuasa tunggal untuk melancarkan senjata-senjata nuklear yang strategik. Semua senjata nuklear dikawal oleh pemerintahan dua orang ini, termasuk juga pada peringkat-peringkat kerajaan yang tertinggi. Kedua-dua orang itu harus bersetuju sebelum sebarang serangan nuklear boleh diarahkan. Setiausaha Pertahanan, sebagai ketua Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dibantu oleh seorang Timbalan Setiausaha serta lima orang Setiausaha Rendah dalam bidang-bidang seperti yang berikut:
Kesemua jawatan tersebut memerlukan pengesahan Senat. Setiausaha Pertahanan juga mengawasi enam orang Ketua Turus Bersama serta panglima-panglima untuk sembilan Markas Medan Bersepadu. Sila lihat rencana ini untuk maklumat lanjut mengenai setiap jawatan dan biografi Timbalan Setiausaha (DepSecDef) serta Setiausaha-setiausaha Rendah (USD). Senarai Setiausaha PertahananPenggantianPenggantian PresidenSetiausaha Pertahanan berada di tempat ke-6 dalam susunan penggantian presiden, mengikuti setiausaha perbendaharaan (tempat ke-5) dan mendahului peguam negara (tempat ke-7).[7] Penggantian SetiausahaPada 10 Disember 2020, Presiden Donald Trump mengubah suai perintah penggantian untuk jawatan Setiausaha Pertahanan dalam Perintah Eksekutif 13963. Urutan penggantian ialah:[8] Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|