Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat
Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat ialah ketua Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Setiausaha terkini ialah bekas pemegang jawatan yang sama ketika kepresidenan Barack Obama iaitu Tom Vilsack, yang dicalonkan oleh presiden Joe Biden. Vilsack memegang jawatan pada 24 Februari 2021 setelah pencalonannya disahkan Senat dengan undi 92-7.[2] Kedudukan ini merupakan tanggungjawab yang serupa dengan menteri pertanian di kerajaan negara lain. Jabatan ini merangkumi beberapa organisasi.297,000 mi2 (770,000 km2) hutan kebangsaan dan padang rumput diuruskan oleh Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat.[3] Keselamatan makanan yang dihasilkan dan dijual di Amerika Syarikat dijamin Perkhidmatan Keselamatan dan Pemeriksaan Makanan Amerika Syarikat.[4] Program Cap Makanan bekerjasama dengan negeri-negeri untuk menyediakan makanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.[5] Nasihat untuk petani dan tukang kebun diberikan oleh Perkhidmatan Penyelidikan Koperasi Negara, Pendidikan dan Sambungan Amerika Syarikat.[6] Rujukan
Pautan luar |