Shanghai Airlines
Shanghai Airlines (上海航空公司) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Shanghai . Ia merupakan anak syarikat penuh milik China Eastern Airlines, tetapi operasinya tetap terpisah selepas penggabungan, mengekalkan jenama dan livery yang tersendiri. Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines mengendalikan perkhidmatan domestik dan antarabangsa. Logo Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines adalah kren putih pada sirip ekor menegak merah. Syarikat penerbangan ini menjalankan penerbangan dari kedua Hab utamanya iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao di Shanghai . [1] Syarikat penerbangan itu adalah anggota gabungan perikatan syarikat penerbangan SkyTeam dengan syarikat induknya Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines yang merupakan anggota penuh pakatan tersebut. [2] Status Syarikat dalam Pakatan SkyTeam
Tarikh Bergabung
Status Syarikat dalam Pakatan Star Alliance
Tarikh Bergabung
Tarikh Keluar
Data KodSejarahSyarikat Penerbangan Shanghai Airlines ditubuhkan pada Tahun 1985. Ia merupakan syarikat penerbangan komersial pertama China yang terdiri daripada pelaburan multidimensi yang dibiayai oleh pemerintah perbandaran Shanghai dan syarikat tempatan Shanghai. Syarikat penerbangan ini pada mulanya terhad kepada penerbangan domestik, tetapi telah mengendalikan perkhidmatan antarabangsa sejak Tahun 1997. [6][7] Pada akhir Tahun 2002, Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines berjaya disenaraikan di Bursa Saham Shanghai, yang membolehkan syarikat penerbangan ini mendorong pengembangannya. Pada Tahun 2006, anak syarikat kargo syarikat penerbangan itu ditubuhkan. [8][9] Pada Tarikh 12 Disember 2007, Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines secara rasmi disambut sebagai ahli Star Alliance yang ke-19, yang menggabungkan kehadiran pakatan itu di pasar Shanghai. [10] Pada Tarikh 11 Jun 2009, diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines akan bergabung dengan China Eastern Airlines . Penggabungan kedua syarikat penerbangan itu diharapkan dapat mengurangkan persaingan berlebihan antara dua syarikat penerbangan yang berpangkalan di Shanghai, dan memungkinkan mereka bersaing dengan lebih berkesan dengan pesaing domestik iaitu Syarikat Penerbangan Air China dan Syarikat Penerbangan China Southern Airlines . Ia juga bertujuan untuk menyatukan status Shanghai sebagai hab penerbangan antarabangsa. [11] Pada Bulan Februari 2010, penggabungan itu selesai. Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines dihapus dari Bursa Saham Shanghai dan menjadi anak syarikat penuh milik China Eastern Airlines. Syarikat penerbangan gabungan baharu itu dijangka mempunyai lebih separuh bahagian pasaran di Shanghai. [12] Sebelum penggabungan itu beribu pejabat pusat di Daerah Jing'an . [13] Alhasil penggabungan dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines, Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines mencapai kesepakatan dengan Pakatan Star Alliance untuk menghentikan keanggotaannya. Pada Tarikh 1 November 2010, syarikat penerbangan itu secara rasmi meninggalkan Pakatan Star Alliance dan mengumumkan niatnya untuk bergabung dengan syarikat induknya di SkyTeam. [14] Shanghai Airlines juga mengekalkan bahagian kargo sendiri, Shanghai Airlines Cargo, yang digabungkan menjadi China Cargo Airlines . pada Bulan Jun 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines, merancang untuk memulakan semula laluan Shanghai/Pudong - Kota Kinabalu, yang dimana ia akan dimulakan pada 1 Julai 2023, ini akan menjadi laluan kedua tanpa henti antara Shanghai/Pudong dan Malaysia, selepas Kuala Lumpur bagi Shanghai Airlines [15], dan pada 1 Julai 2023, Shanghai Airlines, secara rasmi melayani laluan penerbangan tanpa henti, antara Shanghai/Pudong dan Kota Kinabalu [16][17]. pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada mengumumkan bahawa, Shanghai Airlines, telah merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Jepun, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Shanghai/Pu Dong dan Fukuoka, yang akan dimulakan pada 28 Disember 2023, dengan kekerapan penerbangan 2 kali seminggu [18], lalu pada 6 Januari 2024 kekerapan penerbangan meningkat menjadi 3 kali seminggu [18]. juga di bulan dan di laman yang sama, ada diumumkan bahawa Shanghai Airlines, telah memutuskan untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Jepun, dengan laluan tanpa henti antara Shanghai/Pudong dan Osaka/Kansai, yang akan dimulakan pada 1 Januari 2024, dengan kekerapan penerbangan 1 kali sehari, menggunakan armada siri Boeing 737-800 [19]. pada penghujung Mei 2024, ada diumumkan bahawa Shanghai Airlines telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu ke Malaysia, dengan melancarkan laluan tanpa henti antara Shanghai/Pudong dan Tawau (selepas Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur), yang dimulakan pada 28 Jun 2024 [20]. pada Jun 2024, di laman aeroroutes, Shanghai Airlines telahpun merancang untuk menambah destinasi antarabangsa baharu secara terhad ke Malaysia (selepas Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Tawau), dengan laluan tanpa henti antara Shanghai/Pudong dan Pulau Pinang, yang akan dimulakan pada 1 Ogos 2024 hingga 24 Ogos 2024 [21]. Pada perkembangan destinasi domestik, Syarikat penerbangan Shanghai Airlines telah memutuskan untuk menambah laluan baharu sebagai musiman iaitu Shanghai/Pudong - Hong Kong, yang akan dimulakan pada 1 September hingga 20 Oktober 2024 [22], dan laluan domestik lainnya iaitu Shanghai/Hongqiao - Hong Kong, sudahpun dioperasikan dengan 1 kali sehari. DestinasiSyarikat Penerbangan Shanghai Airlines mempunyai rangkaian domestik yang besar yang dikongsi dengan syarikat induknya, China Eastern Airlines . Syarikat penerbangan ini melayani lebih dari 140 destinasi domestik dan antarabangsa, memberikan akses ke lebih dari 60 bandar besar dan sederhana di Tanah Besar China (Republik Rakyat China) dan antarabangsa. Penerbangan antarabangsa tertumpu di Hong Kong (Republik Rakyat China), Makau (Republik Rakyat China), Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Negara Thai. [23] Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines juga mengendalikan perkhidmatan dari Shanghai ke Melbourne, Australia atas nama Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines yang menggunakan pesawat dan kru sendiri. Dari Bulan Jun 2019, Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines membuka penerbangan terus (tanpa henti) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Budapest Ferenc Liszt (Budapest). Perjanjian Perkongsian KodSyarikat Penerbangan Shanghai Airlines mempunyai perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan berikut: [24] ArmadaArmada SemasaSetakat November 2020[kemas kini], armada Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines merangkumi jenis pesawat sebagai berikut:[25][26]
Armada BekasSyarikat Penerbangan Shanghai Airlines sebelum ini mengendalikan pesawat berikut: [29]
Galeri Armada Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines (FM)
Program penerbangan kerapCrane Club (Kelab Burung Jenjang) (金鹤俱乐部; 金鶴俱樂部) adalah program penerbangan kerap Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines sebelum penggabungan dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines . Namun, Syarikat Penerbangan Shanghai Airlines mengumumkan pada April 2011 [31] bahawa Crane Club akan digabungkan menjadi Program Eastern Miles milik China Eastern Airlines. Secara rasmi digabungkan ke dalam Eastern Miles pada Tarikh 8 Jun 2011. Selepas penggabungan, ahli dapat memperoleh dan menggunakan jarak tempuh mereka dalam penerbangan China Eastern Airlines. Crane Club mempunyai dua peringkat: Crane Club Emas dan Perak. [32] Program penerbangan kerap Shanghai Airlines disebut Eastern Miles (东方万里行; 東方萬里行). Selepas penggabungan dengan Syarikat Penerbangan China Eastern Airlines, program penerbangan kerap itu juga digabungkan. Eastern Miles menjadi program rasmi penerbangan kerap Shanghai Airlines pada Tarikh 8 Jun 2011. Apabila batu (miles) yang dikumpulkan cukup, ahli dapat ditingkatkan menjadi VIP. Keahlian VIP Eastern Miles boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Keahlian Kad Platinum, keahlian Kad Emas dan keahlian Kad Perak. [33] Rujukan
Lihat JugaPautan luaran
|