Shinzo Abe
Shinzō Abe (安倍 晋三 , Abe Shinzou, 21 September 1954 – 8 Julai 2022) merupakan bekas Perdana Menteri Jepun. Beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau ialah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.[1] Abe dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam. Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Junichiro Koizumi pada September 2005. Pada September 2006, beliau menggantikan Koizumi sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan seterusnya dipilih oleh Diet Kebangsaan untuk dilantik menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun yang bahru. Ketika itu, beliau berusia 52 tahun merupakan antara Perdana Menteri Jepun yang termuda yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun setahun kemudian akibat penyakit kolitis ulseratifnya. Tempatnya dipangku sementara oleh Yosuo Fukuda. Selepas disahkan telah sembuh dari penyakit, Abe kembali semula ke arena politik. Beliau berjaya menewaskan Menteri Pertahanan Jepun ketika itu, Shigeru Ishiba untuk merebut jawatan Presiden LDP. Akhirnya, Abe berjaya dipilih sebagai Presiden parti buat kali kedua pada September 2012. Kemenangan LDP pada pilihan raya umum 2012, menjadikan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Jepun buat kali kedua. LDP juga memenangi pilihan raya umum pada tahun 2014 dan 2017 dan beliau masih kekal sebagai Presiden LDP dan juga Perdana Menteri Jepun. Pada 28 Ogos 2020, Abe mengumumkan pengundurannya yang belum selesai sebagai Perdana Menteri, dengan alasan serangan semula sejarah penyakit silamnya iaitu kolitis ulseratif. Beliau tetap memangku jawatan ini sehingga LDP memilih penggantinya.[2][3] Beliau digantikan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga selepas pemilihan kepimpinan LDP pada 14 September 2020 dan meletak jawatan secara formal pada 16 September 2020. Abe telah dibunuh pada 8 Julai 2022 sekitar 11:30 pagi JST semasa menyampaikan ucapan kempen di Nara dua hari sebelum pilihan raya Dewan Kaunselor. Beliau dilaporkan jantungnya terhenti dan tidak menunjukkan sebarang tanda penting betul-betul selepas penembakan.[4] Pihak polis menahan penembak yang didakwa, Tetsuya Yamagami berumur 41 tahun, atas cubaan membunuh.[5] Abe mati akibat lukanya pada tengah hari kemudian pada hari yang sama di Universiti Perubatan Nara. Abe ialah bekas perdana menteri Jepun keenam yang dibunuh.[6][7] Kehidupan awalShinzo Abe dilahirkan di Tokyo. Kedua-dua datuknya, Kan Abe dan bapanya, Shintaro Abe merupakan ahli politik dalam Diet Jepun. Ibunya, Yoko Kishi merupakan anak kepada Nobusuke Kishi, Perdana Menteri Jepun dari tahun 1957 hingga 1960. Abe memulakan pengajian di Seikei Elementary School, Seikei Junior High School dan Seikei Senior High School. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Seikei pada tahun 1977. Beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana di dalam bidang Dasar Awam selama tiga semester di Universiti California, Amerika Syarikat. Pada tahun 1979, beliau memulakan pekerjaannya di Kobe Steel sehingga tahun 1982. Kemudian, beliau dilantik sebagai pembantu eksekutif Menteri Luar Jepun, setiausaha peribadi Pengerusi Lembaga LDP dan setiausaha peribadi Setiausaha Agung LDP.[8][9] Sebagai Perdana Menteri JepunPelantikan dan penggal pertama (2006-2007)Pada 31 Oktober 2005, beliau telah dilantik menjadi ketua setiausaha kabinet dalam kabinet Kouzumi menggantikan Hiroyuki Hosoda. Pada 20 September 2006, Abe Shinzo dilantik sebagai presiden Parti Demokrat Liberal (LDP). Calon lain ialah Sadakazu Tanigaki dan Taro Aso. Mulanya Yasuo Fukuda turut ingin bertanding tetapi akhirnya menarik diri. Mantan Perdana Menteri Jepun Yoshiro Mori dan Fukuda sendiri memberi sokongan penuh untuk memilih Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun. Pada 26 September 2006, Abe Shinzo akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun dengan 339 475 undi dalam Dewan Rendah dan majoriti kukuh di Dewan Parlimen. Pada 12 September 2007, hanya tiga hari selepas sesi parlimen dimulakan, Abe mengumumkan hasratnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar tidak dirancang.[10][11] dengan memberi alasan tindakannya menghalang sebuah undang-undang anti-pengganasan - antaranya melibatkan operasi tentera Jepun di Afghanistan - daripada diluluskan, seterusnya menjadikan tidak disenangi rakan sejawat yang lain. Pegawai-pegawai dari parti yang diwakilinya turut memberi alasan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan yang teruk.[12] Pada 26 September 2007, Abe menamatkan penggalnya sebagai Perdana Menteri Jepun dan jawatannya diambil alih oleh Yasuo Fukuda. Beliau kemudiannya mendedahkan beliau menghidap penyakit kolitis ulseratif yang menyebabkannya menamatkan penggal pertamanya; beliau sembuh setelah sejenis ubat bernama Mesalazine yang merawat penyakit tersebut dapat diperolehi di Jepun.[13] Penggal kedua, 2012—2014Pada 26 Disember 2012, Abe dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri kembali oleh Diet, dengan sokongan 328 daripada 480 orang ahli Dewan Perwakilan. Kabinet kedua yang dipimpinnya ini - dengan mantan Perdana Menteri Taro Aso sebagai timbalan beliau - mengangkat sumpah pada hari yang sama.[14][15] Penggal ketiga, 2014—2017Penggal keempat, 2017—kiniDalam satu sidang media bertarikh 28 Ogos 2020 , Shinzo Abe sekali lagi mengumumkan perletakan jawatannya selaku Perdana Menteri Jepun.18 Beliau akui masalah kesihatan yang dialaminya memaksa dirinya melepaskan jawatan tersebut. Menurut sumber, beliau disahkan menghidap penyakit usus yang teruk. Beliau juga telah membuat peemohonan maaf kepada seluruh rakyat Jepun khasnya kerana gagal menyempurnakan tugasnya selaku Perdana Menteri Jepun dengan sempurna. Kehidupan peribadiAbang Abe, Hironobu Abe, menjadi presiden dan CEO Mitsubishi Shōji Packaging Corporation, sementara adiknya, Nobuo Kishi, menjadi Naib Menteri Kanan untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Pertahan. Abe mengahwini Akie Matsuzaki, seorang sosialit dan bekas joki cakera radio pada 1987. Beliau ialah anak perempuan kepada Presiden Morinaga & Company, pengilang coklat. Beliau terkenal sebagai "parti pembangkang dalam rumah" kerana pandangannya yang lantang, yang sering bertentangan dengan pendapat suaminya. Setelah suaminya menjadi Perdana Menteri buat pertama kali, beliau membuka izakaya organik di daerah Kanda di Tokyo, tetapi tidak aktif dalam pengurusan kerana desakan oleh ibu mertuanya.[16] Pasangan ini tidak mempunyai anak, menjalani rawatan kesuburan yang tidak berjaya pada awal perkahwinan mereka.[17] Sebagai tambahan kepada bahasa ibundanya Jepun, Abe boleh berbahasa Inggeris.[18][19][20] PembunuhanPada 8 Julai 2022 kira-kira jam 11.30 pagi, Abe telah ditembak ketika memberikan ucapan di bandar Nara, Jepun. Beliau telah dikejarkan ke sebuah hospital berkenaan manakala seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan tersebut telah diberkas.[21] Beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia.[22] Anugerah dan penghargaanPenghargaan
Anugerah
Ijazah Doktor Kehormat
Legasi
Rujukan
Pautan luar
|