Siddiq Fadzil
Prof. Dato' Dr. Siddiq bin Fadzil (4 Januari 1947 – 31 Ogos 2021) dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dan berasal dari keluarga keturunan Jawa. Sebelum meninggal, beliau menetap di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Siddiq Fadzil merupakan seorang ahli akademik dan aktivis pendidikan di Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) sejak 2005 sehingga 2015. Latar belakang dan pendidikanSiddiq Fadzil dilahirkan pada 4 Januari 1947 di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau memulakan pendidikan formalnya di Sekolah Rendah Sungai Tiang Darat (1954-1959), dan menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh (1959-1966). Beliau kemudiannya mengikuti ikhtisas keguruan di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1967-1968). Kerjayanya bermula sebagai pendidik sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya (1971). Setelah meraih ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam, Kepujian Kelas Pertama (1974), beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sebagai tutor dan melanjutkan pengajian ijazah keduanya di universiti yang sama sehingga berjaya meraih Sarjana Persuratan (M.Litt.) Pemikiran Islam pada tahun 1978. Pada tahun 1989, beliau menjadi penerima pertama ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Institut Bahasa Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu pada tahun 1989.[1] Lapangan gerakan dakwahSiddiq Fadzil merupakan pengasas Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia pada 2005. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ke-3 pada 1983 hingga 1991 menggantikan Anwar Ibrahim yang melepaskan jawatan tersebut untuk terlibat dalam bidang politik dengan menyertai UMNO. Beliau juga mendapat kepercayaan kerajaan negeri Perak apabila dilantik Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (1992-2000).[1] PenulisanDr. Siddiq adalah seorang cendekiawan yang sangat prolifik dalam bidang penulisan. Antara buku yang diterbitkan ialah Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu (1971), Kebangkitan Islam: Kenyataan dan Harapan (1975), terjemahan Di Bawah Naungan al-Qur’an (1980), Minda Melayu Baru (1992), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999), Menoleh Sejarah Menyorot Arah (1999), Pengurusan Tawhidik (2001), Perspektif Qur’ani: Siri Wacana Tematik (2003) dan Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai (2005). Karya akademik beliau boleh didapati dalam bentuk penerbitan Jurnal yang meliputi tajuk-tajuk seperti “Gerakan Islam di Malaysia” dalam Malaysia Masa Kini (1986/87), “AlHarakah al-Islamiyyah al-Maliziyyah fi al-Tis’inat” dalam al-Insan (April/ Mei1993), “Siyasah al-Shar’iyyah: Isu-isu dalam Pemikiran Islam masa kini” dalam Dasar (1995), “Permasalahan Moral: Perspektif al-Qur’an” dalam Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Qur’an (1995), “Potensi Kepeloporan Melayu Abad 21” dalam Ulum al-Qur’an (1996), “Budaya Keusahawanan: Perspektif Agama” dalam Beriga (2000), Al-Sayyid Abu al-Hassan Ali alNadwi: Tema-tema Besar Pemikirannya” dalam Jurnal Usuluddin (2000) “Gender: Perspektif dan Pendekatan” dalam Madaniyyat (2005).[1] Meninggal duniaSiddiq Fadzil meninggal dunia pada 6.32 petang 31 Ogos 2021 pada usia 74 tahun di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor akibat jangkitan paru-paru[2] dan buah pinggang.[3] Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan
|