Sukan Komanwel 1998 (1998 Commonwealth Games), dikenali secara rasmi sebagai Sukan Komanwel ke-16 (XVI Commonwealth Games) merupakan temasya sukan yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sukan itu adalah yang pertama diadakan di Asia.
33 penerjun dari paras 4000 kaki membawa bendera Malaysia, Kanada, England, Persekutuan Sukan Komanwel, Kuala Lumpur, dan bendera Kuala Lumpur 98. Ahli payung terjun ini terdiri daripada kalangan tentera dan orang awam.
Ketibaan DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar dan merasmikan Kuala Lumpur 98. Gong gergasi telah dipalu.
Ratu Elizabeth II menyerahkan baton pada 9 Mac 1998 bersempena dengan Hari Komanwel di Istana Buckingham, London. Baton tersebut dibawa merentasi negara-negara Komanwel dalam enam benua dan tiba di Malaysia pada 7 Julai 1998 di Tawau, Sabah. Baton peringkat Malaysia berbentuk 'gobek' iaitu sejenis alat untuk menumbuk buah pinang yang banyak terdapat di rumah kampung tradisonal Melayu. Bunga raya menghiasi baton ini.
Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.
Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.
Lapangan Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) – Menembak
Perkampungan Atlet (Vista Komanwel) yang berkapasiti 6,000 orang terletak di sebelah Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Ia terdiri daripada 3 blok menara yang mempunyai 30 tingkat dan 6 blok menara yang mempunyai 19 tingkat yang terletak di lereng bukit dengan jumlah 1,300 buah bilik dan sebuah zon beli-belah antarabangsa. Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) pula dibina di Angkasapuri, Kuala Lumpur, manakala Hotel Mint (kini Hotel Nouvelle) berfungsi sebagai Pusat Akhbar Utama (MPC). Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia merupakan hos penyiar temasya Sukan Komanwel ini.