SultanSultan (Jawi/b. Arab: سلطان sulṭān) ialah gelaran Islam yang mempunyai beberapa maksud sejarah. Pada asalnya, perkataan ini ialah kata nama abstrak bahasa Arab yang bermaksud "kekuatan", "kuasa", atau "kedudukan pemerintah". Kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah Islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik (iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi), tanpa menuntuk jawatan khalifah pada keseluruhannya. Perkataan Sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu. Wangsa dan kawasan-kawasan yang diperintah oleh Sultan dipanggil Kesultanan (bahasa Arab: سلطنة). Raja Islam yang memerintah di bawah syarat-syarat SyariahGelaran ini mempunyai kepentingan moral dan kuasa agama disebabkan peranannya ditakrifkan dalam al-Quran. Bagaimanapun, sultan bukannya guru agama pada dirinya. Dalam Empayar Rom Timur dan bidang tradisional dalam agama Kristian Ortodoks Timur, terdapat juga gelaran yang sepadan. Kedudukan yang mana pemerintah merupakan perpaduan antara gereja dengan negara diberikan nama Caesaropapisme. Pemerintah bukan Islam yang terakhir yang mempunyai kuasa yang setanding ialah Nicholas II, Tsar Rusia yang terakhir, walaupun secara rasmi (jika bukan secara praktik), Raja British merupakan penyatuan yang sama antara gereja dengan negara kerana baginda merupakan kedua-kedua ketua negara serta Gabernor Agung Gereja England. Bagaimanapun secara praktik, Ratu Elizabeth II hanya merupakan ketua gereja dan negara pada nama sahaja. Kini, status ini juga dipersoalkan disebabkan Putera Charles telah membayangkan bahawa beliau ingin memerintah sebagai 'pembela untuk semua agama', berbanding 'pembela untuk si agama'. Pemerintah pertama yang menggunakan gelaran 'Sultan' ialah ketua Turkmen, Mahmud dari Ghazni, yang memerintah antara tahun 998 - 1030. Gelaran 'Sultan' kemudian menjadi gelaran yang biasa untuk pemerintah-pemerintah Turki Seljuk dan Turki Uthmaniyyah serta pemerintah-pemerintah Ayubid dan Mamluk di Mesir. Pada tempoh-tempoh kemudian, gelaran "Sultan" biasanya digunakan untuk isteri-isteri maharaja. Pengesahan rohaniah untuk gelaran ini dapat digambarkan dengan paling baik melalui fakta bahawa Kalifah Bayangan di Cairo menganugerahkan Murad I, pemerintah Empayar Turki Uthmaniyah yang ketiga, dengan gelaran "Sultan" pada tahun 1383. Pemerintah-pemerintah yang lebih awal digelarkan Bey. Pada peringkat-peringkat kemudian, pemerintah-pemerintah yang kurang penting menggunakan gelaran "Sultan", serupa dengan perintah-perintah keluarga diraja Maghribi yang lebih awal. Pada hari ini, hanya Sultan Oman, Sultan Brunei, dan sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu yang kini merupakan sebahagian Malaysia, serta juga di Mindanao dan Jawa, masih menggunakan gelaran ini. Kawasan kekuasaan sultan digelarkan kesultanan. Raja perempuan, tengku ampuan, dan permaisuri Sultan digelarkan Sultanah. Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'. Gelaran majmukSecara amnya, gelaran majmuk merupakan gelaran sekunder yang digunakan dalam puisi atau mempunyai maksud, umpamanya:
Bekas Sultan dan KesultananTimur Tengah & Asia Tengah
Hami"Hami" merupakan gaya tulen (biasa diterjemahkan sebagai "Sultan") untuk raja-raja Islam daripada keluarga pemerintah Oman dalam kedua-dua alamnya:
Afrika UtaraAfrika Barat & Tengah
Afrika TimurGelaran Sultan
MalikiMaliki ialah gelaran asli alternatif (mungkin berasal daripada Malik, perkataan Arab untuk "Raja") untuk Sultan-sultan Kilwa Kisiwani di Tanganyika (kini sebahagian negara Tanzania) MfalumeMfalume ialah gelaran (Ki)Swahili untuk berbagai-bagai pemerintah Islam asli dan secara amnya, diterjemahkan sebagai "Sultan" dalam bahasa Arab serta bahasa-bahasa Barat:
SultaniSultani ialah gelaran pemerintah asli di negeri Uhehe, Tanzania. Kesultanan pulau Lautan HindiSila lihat Kesultanan Comoros; terdapat banyak gelaran asli yang lain, termasuk Mfalme, Phany, dan Sultani tibe (satu gelaran 'hegemoni'). Timur JauhDi China, terdapat kesultanan di Dali, provinsi Yunnan, ibu kota untuk Pemberontakan Panthay yang berhayat pendek. Kepulauan MelayuBagaimanapun, kebanyakan sultan adalah daripada negara-negara orang Melayu seperti Malaysia yang dimana para sultan dan raja adalah Ketua Utama Negeri atau Ketua Kesultanan mempunyai kuasa keatas jajahan takluk daerah dan negeri termaktub mengikut perlembagaan diraja bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti: Kedah Darul Aman, Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan, Pahang Darul Makmur, Johor Darul Takzim, Terengganu Darul Iman, Kelantan Darul Iman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Selangor Darul Ehsan. Sultan-sultan dan raja di Malaysia juga adalah Ketua Negara Utama iaitu: KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang dipilih melalui mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu di Istana Negara mengikut penggilliran sistem Kekananan Raja-Raja Melayu dan menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong selama 5 tahun
(Sumatera)
(Sulawesi)
(Jawa)
(Maluku)
Asia Selatan
Kesultanan kini
Gelaran putera dan bangsawanDalam sistem wangsa Turki Uthmaniyah, keturunan lelaki untuk Padishah (juga dikenali di dunia Barat sebagai Sultan Agung) juga mempunyai gelaran 'Sultan' dan oleh itu, gelaran ini adalah sepadan dengan anak raja di dunia Barat: Daulatlu Najabatlu Shahzada Sultan (nama lahir) Hazretleri Effendi. Bagaimanapun, bagi bakal raja, gelarannya ialah Daulatlu Najabatlu Vali Ahad-i-Sultanat (nama lahir) Effendi Hazlatlari, iaitu Putera Mahkota kesultanan. Anak-anak lelaki kepada Putera dan Puteri Wangsa Turki Uthmaniyah yang tidak berlayak untuk pewarisan empayar hanya digelarkan sebagai Sultanzada (nama lahir) Bey-Effendi, yang bermaksud Anak Lelaki Putera/Puteri wangsa. Di dalam negara-negara Islam yang tertentu, 'Sultan' merupakan gelaran bangsawan yang serupa dengan Kekhanan Astrakhan Tartar. Pangkat tenteraDalam sesetengah negeri selepas pemerintahan kekalifahan, terdapat sejenis hierarki tentera yang feudal (seringnya dalam empayar-empayar besar) yang menggunakan gelaran-gelaran diraja seperti Khan, Malik, dan Amir sebagai pangkat tentera. Dalam Empayar Parsi, pangkat 'Sultan' adalah lebih kurang sama dengan Kapten di dunia Barat dan secara sosial, merupakan kelas pangkat ke-5. Lihat jugaGelaran-gelaran Islam yang lain:
Sumber dan rujukan
|