Teluk Schomburgk
Teluk Schomburgk (Bahasa Inggeris: Schomburgk Bay) ialah sebuah teluk di pantai utara pulau Borneo. Ia terletak di negeri Sabah di Malaysia dan bersempadan dengan Laut Sulu. Dari segi pentadbiran, ia adalah sebahagian daripada Daerah Beluran di Bahagian Sandakan.[1] GeografiTeluk ini meliputi kawasan seluas kira-kira 100 km2. Pinggir pantai di tanah besar mempuyai hutan paya bakau yang meluas. Pulau Jambongan terletak di sebelah utara teluk ini. Terdapat sebuah laluan air sempit yang tidak sesuai untuk perkapalan disebabkan air cetek menghubungkan Teluk Schomburgk dengan Teluk Paitan.[2] SejarahTeluk ini dinamakan sempena Carl Schomburgk, rakan kongsi perniagaan William Clarke Cowie. Cowie mempunyai hubungan perniagaan dengan Sultan Sulu dari 1872 (dia menyeludup senjata melalui sekatan tentera laut Sepanyol untuk Sultan Sulu). William Cowie telah mengasaskan Syarikat Perdagangan Labuan (Labuan Trading Company) dengan Schomburgk dan Ross pada tahun yang sama. Nama Teluk Schomburgk pertama kali ditemui pada peta Borneo Utara British pada tahun 1899 yang diterbitkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.[3] Rujukan
|