Tuanku Bujang Tuanku Othman
Allahyarham Tuanku Tun Datuk Patinggi Haji Bujang bin Tuanku Othman (12 Disember 1898 – 28 November 1986) ialah negarawan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua dari 2 April 1969 hingga 2 April 1977. KehidupanTuanku Bujang dilahirkan di Sibu pada 1898 semasa pemerintahan Sir Charles Brooke. Beliau berketurunan Melayu Perabangan Rajang dan mempunyai susur galur dari keturunan Arab Hadrami, dan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shahab.[1] PolitikTuanku Bujang aktif dalam politik Sarawak selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), diikuti Parti Negara Sarawak (PANAS) pada 9 April 9 1960 dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 18 April 1961. Pada 29 Disember 1961, Tuanku Bujang dan peguam Melanau Tun Abdul Rahman Yakub dan ahli majlis tempatan Sibu Tun Salahuddin membentuk parti politik keempat di Sarawak, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan dilantik sebagai presiden pertama.[2] Tuanku Bujang menyambung peranan menubuhkan sebuah parti politik masyarakat Melayu apabila rakan lamanya Temenggong Jugah menggantikan Temenggong Koh sebagai ketua masyarakat Iban, dan membentuk Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pada 15 Ogos 1962. Selepas pembentukan Malaysia, Tuanku Bujang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Pada 28 Mac 1968, BARJASA bergabung dengan PANAS bagi membentuk Parti Bumiputera. Tuanku Bujang dilantik sebagai naib presiden. Parti Bumiputera kemudiannya bergabungan dengan PESAKA bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 30 April 1973. Selepas kematian Tun Abang Openg pada 28 Mac 1969, Tuanku Bujang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Meninggal duniaTuanku Bujang meninggal dunia pada 28 November 1986.[3] Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan
|