Virginia
Virginia adalah negeri di Amerika Syarikat di sebelah barat dengan populasi melebihi 7.7 juta. Negeri ini dikenali sebagai "ibu kepada presiden-presiden" kerana ia adalah tempat lahir untuk lapan orang presiden Amerika Syarikat. Nama Virginia diberikan para peneroka dari England - terutamanya dalam ekspidisi Walter Raleigh pada abad ke-16 - sempena memperingati Ratu England, Elizabeth I yang tidak pernah berkahwin dan lalu diberi julukan "Ratu Perawan" (The Virgin Queen). SejarahSejarah moden Virginia bermula dengan penempatan koloni pada tahun 1607 oleh Syarikat Virginia London. Ia adalah koloni tetap pertama di dunia baru dan menjadi salah satu dari 13 koloni yang mengambil bahagian dalam Revolusi Amerika. Perhambaan memainkan peranan penting pada permulaan perkembangan ekonomi dan politik Virginia, dan menyaksikan negeri itu keluar dari kesatuan Amerika Syarikat dalam Perang Saudara Amerika. GeografiIbu negeri Virginia ialah Richmond dan bandar terbesar ialah Virginia Beach. Walaupun mempunyai sejarah sebagai satu bahagian konservatif dalam negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, Virginia sekarang adalah sebuah negeri yang terbuka dengan aliran konservatif dan liberal. EkonomiVirginia mempunyai beberapa sektor ekonomi penting termasuk peemrintah pusat di bahagian utara negeri dan pengkalan tentera di Hampton Roads serta kawasan pertanian. Tempat bersejarah termasuk Jamestown, Yorktown dan muzium Colonial Williamsburg, sebuah destinasi popular pelancongan. Perkembangan sektor teknologi menjadikan cip komputer sebagai eksport utama Virginia yang diperkuatkan dengan sistem pendidikan Virginia di mana beberapa sekolah dan universitinya adalah yang terbaik di Amerika Syarikat. |