Virus influenza A
Templat:H5N1 Influenzavirus A ialah sejenis virus dalam keluarga virus Orthomyxovirida dan satu-satunya spesis virus dalam genus Alphainfluenzavirus. Influenzavirus A mempunyai hanya satu spesies: Virus influenza A yang menyebabkan influenza di kalangan burung dan sesetengah mamalia. Semua subjenis virus influenza A telahpun diasingkan daripada burung-burung liar, walaupun penyakit bukan perkara biasa. Sesetengah asingan virus influenza A menyebabkan penyakit teruk di kalangan kedua-dua ternakan bela jinak dan jarang sekali manusia.[1] Kadangkala virus tersebar daripada burung akuatik liar ke ternakan bela jinak dan ini mungkin menyebabkan dan mencetuskan pandemik influenza manusia.[2][3] Virus influenza A merupakan virus RNA bersegmen, bebenang tunggal, deria negatif. Terdapat beberapa subjenis, dilabel mengikut nombor H (untuk jenis hemagglutinin) dan nombor N (untuk jenis neuraminidase). Terdapat 16 antigen H berbeza (H1 hingga H16) dan 9 antigen N berbeza (N1 hingga N9). Jenis terbaru H (H16) diasingkan daripada Burung Camar Topeng Hitam yang ditangkap di Sweden an Belanda pada 1999 dan dilaporkan dalam kesusatseraan pada 2005.[4] Setiap subjenis virus memutat kepada pelbagai strain dengan profil patogenik berbeza; sesetengah patogenik kepada satu spesies tetapi tidak yang lain, sesetengah patogenik kepada pelbagai spesies. Lihat jugaCatatan
Bacaan lanjut
Pautan luar
|