Wisma Atlet Kemayoran
Wisma Atlet Kemayoran (Bahasa Melayu: Perkampungan Atlet Kemayoran Jawi: ڤركمڤوڠن اتليت كمايورن) terletak di Daerah Kemayoran, Jakarta, Indonesia. Tapak ini dibangunkan sebagai perkampungan atlet untuk Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018 yang diadakan di Jakarta yang dibangun di atas tanah seluas 10 hektar, mempunyai 7,424 pangsapuri di 10 menara. Jumlah kapasiti penginapan berjumlah 22,272 di kampung itu melebihi piawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, yang mengharuskan tuan rumah Olimpik menyediakan bilik untuk sekurang-kurangnya 14,000 atlet..[1][2][3] Ketika pandemik COVID-19
Semasa pendemik COVID-19 melanda di Indonesia, 4 menara ditukarkan ke hospital kecemasan. Pada 18 Mac 2020, Kementerian Kewangan mengumumkan Wisma Atlet Kemayoran akan ditukar menjadi rumah pesakit COVID-19 yang hanya menunjukkan gejala ringan setelah berunding dengan para doktor.[5][6] Penukaran ini selesai secara rasmi pada 23 Mac.[7] Dengan kapasiti berjumlah 3,000 tempat tidur, ini adalah salah satu hospital lapangan pandemik COVID-19 terbesar di dunia, 3 kali lebih besar daripada Hospital Huoshenshan atau 2 kali lebih besar daripada Hospital Leishenshan, kedua-duanya di Wuhan. Rujukan
|