Zain Saidin
Mohamad Zain Mohd Saidin (lahir 23 Februari 1984)[1] ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.[2] Zain telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.[3] KerjayaDrama Suraya yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 ini antara penampilannya yang menarik perhatian ramai. Watak lelaki mualaf bernama Steve yang dipegangnya di dalam drama itu pada mulanya hanya watak pembantu yang kemudiannya dikembangkan menjadi watak penting. Difahamkan semua berpunca daripada watak utama yang sedia ada seperti Fizo Omar dan Remy Ishak yang terpaksa ‘dihentikan’ kerana kedua-dua pelakon itu terikat dengan komitmen produksi lain. Lalu, tuah sekali gus menyebelahi Zain. Sebelum Suraya, Zain pernah berlakon watak tambahan dan itu satu proses biasa sebelum diketengahkan sebagai watak utama.Kebelakangan ini, sudah mula yang menyedari kehadirannya hingga memberi jolokan sebagai hero pelapis. Zain bermula sebagai pelakon iklan. Ikutkan sejak kecil lagi, ibu zain akan membawa dia dan Sasha untuk menghadiri uji bakat berlakon iklan. Proses itu berlarutan sampai zain di tingkatan tiga. Kemudian, zain berhenti berlakon iklan demi memberi tumpuan kepada pelajaran. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, zain pernah bekerja sebagai pelayan dan barista di restoran serta hotel. Dia juga pernah bekerja sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium. Dua tahun lalu, Zain pernah ditawarkan berlakon oleh MD Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production Sdn Bhd, tetapi dia terikat dengan kerja di gim.[perlu rujukan] Tetapi selepas mengetahui yang zain sudah berhenti kerja sebagai jurulatih kecergasan tahun lalu, Fadzil menawarkan saya peluang berlakon drama Suraya dan ketika itu penggambaran drama terbabit sedang rancak dilakukan. Peluang kedua itu zain gunakan sebaik mungkin. Menurut Zain, dunia lakonan yang dulunya dianggap sekadar mencuba dan suka-suka, akhirnya menjadi kecintaannya. Berbanding lakonan, dunia nyanyian sebenarnya lebih dulu diminatinya. Zain pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana. Namun projek itu terbantut atas sebab tertentu. Kehidupan peribadiZain merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah British. Walaupun tidak ada sedikit pun raut Melayu di wajahnya. Ternyata, gen darah Inggeris lebih mendominasi namun jangan pandang rendah anak jati Gombak ini kerana hanya pada zahirnya saja tampak seperti Mat Salih tetapi jiwanya Melayu. Pada zaman kanak-kanak, dia menikmati kehidupan seperti mana anak kampung lain. Melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu antara aktiviti kegemaran Zain atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohamad Saidin. Bahkan bukan pasta, lasagna, burger atau stik hidangan kesukaan sebaliknya tekaknya lebih berselera menikmati masakan kampung serta sambal belacan. Dia juga fasih berbahasa Melayu bahkan adab budaya dipegang kuat walaupun hidup di ibu kota. Anak muda ini sedar itulah teras warisan yang harus dipraktik dan dipelihara. Zain mahir dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris kerana pernah belajar di tiga buah sekolah berbeza, Sekolah Sri Inai, Garden International School dan SMK sri Petaling yang memberi pendedahan bahasa berbeza. Di rumah, Zain berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan emaknya tetapi biasanya menggunakan bahasa ‘rojak’ dengan adik-beradik lain. Zain berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada 1 November 2014. Majlis pernikahan itu diadakan pada jam 7.30 malam di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.[4][5][6] FilemografiFilem
Drama
Telefilem
Televisyen
Muzik video
Rujukan
Pautan luar |