Naga TiongkokNaga Cina adalah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina. Dalam seni Cina naga biasanya digambarkan sebagai makhluk menyerupai ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat dan bertanduk. Berbeda dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina). Naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah. Nilai SimbolisDalam sejarah, naga merupakan lambang Maharaja China. Pada zaman Dinasti Zhou, naga berkuku lima diuntukkan kepada Putera Kayangan (Maharaja), naga berkuku empat untuk golongan bangsawan, dan naga berkuku tiga untuk para menteri. Pada zaman Dinasti Qing pula, naga berkuku lima mewakili Maharaja manakal naga berkuku tiga dan empat diuntukkan kepada rakyat jelata. Pada Dinasti Qing juga, terlukisnya naga pada bendera kebangsaan.[1] Dalam lingkungan budaya terpengaruh Eropa, naga membawa konotasi agresif seakan-akan mahu berperang, maka pernah diduga bahawa kerajaan China tidak ingin menggunakan naga sebagai lambang atas sebab-sebab itu, tetapi ramai rakyat China tidak setuju dengan keputusan ini. Cuma adakalanya, orang Barat keliru akan kecenderungan naga Cina yang mulia dengan naga Barat yang garang. Di Hong Kong, naga terangkum dalam reka bentuk lambang Brand Hong Kong yang digunakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai ciri khas .[2] Banyak orang Tiongkok memakai istilah "Keturunan Naga" (龍的傳人) sebagai lambang identitas kaum, mengikut trend yang pada 1970-an. Serigala digunakan oleh orang Mongol, dan monyet bagi orang Tibet.[1] Dalam kebudayaan Cina masa kini, naga Cina banyak digunakan sebagai hiasan. Pantang sekali gambar naga dicacati. Jenis Naga CinaAda sembilan jenis naga dalam pandangan Tiongkok kuno. Diantaranya adalah sebagai berikut:
Galeri
Lihat jugaCatatan Kaki
Referensi
Pranala luar |