Share to:

 

Rentang suara

Suara manusia dapat diklasifikasikan mengikut rentang suara masing-masing, nada yang tertinggi dan terendah yang dapat dihasilkan.

Ketelitian lingkungan suara

Lingkungan suara atau vokal ialah sesuatu yang rumit untuk diperjelaskan ketelitiannya dan begitu juga tidaklah mudah untuk membandingkan rentang suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang bebeda. Kualitas nada suara untuk menentukan jenis-jenis suara juga sepenting rentang not musik.

Definasi di atas ialah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “rentang suara” secara amnya. Hal ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila dibincangkan mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan tinggi nada falseto tidak boleh diambil kira kerana ia tidak digunakan dalam nyanyian opera. Penyanyi “du-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira dalam definasi lingkungan suara mereka.

Wanita

Rentang suara dalam musik klasik

Lingkungan suara ialah sesuatu yang amat penting dalam muzik klasikal (opera). Dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan ialah kualiti suara dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orkestra (tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan dalam suara penuh tanpa penggunaan falseto yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.

Musik paduan suara dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan opera. Berlawanan dengan opera, paduan suara mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian paduan suara boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian opera. Walaupun sebenarnya tidak ada penyanyi dalam kumpulan koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan penyanyi menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.

Dalam musik paduan suara, lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga bahagian penyanyi mengikut jantina seperti nyanyian opera, tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian untuk lelaki dan wanita seperti – soprano, alto, tenor, bas atau empat bagian untuk satu jantina seperti soprano 1, soprano 2, alto 1, alto 2, tenor 1, tenor 2, bas 1 (atau bariton), bas 2.

Klasifikasi lingkungan suara dalam musik klasik solo

Templat:Vocal ranges visual

Lingkungan fisik suara (berbeda daripada setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik pengubahan suara):

(Penggunaan falseto dapat memperpanjang rentang suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf ke atas dan penggunaan flaggelio boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik hampir satu oktaf ke bawah)

Frekuensi suara

Dalam hitungan frekuensi, suara manusia berada dalam rentang 250Hz hingga 3kHz, rentang untuk suara lelaki dan wanita. Bagaimanapun, rekor dunia melaporkan terdapat suara tertinggi dan terendah manusia yang menjangkaui diluar rentang ini, sehingga melebihi rentang pendengaran manusia.

Rekor dunia untuk lingkungan suara yang melampaui

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sesetengah suara melampau yang jarang dipunyai oleh penyanyi-penyanyi di dunia. Pada tahun 2006, buku rekor Guinness melaporkan beberapa kategori orang yang mempunyai suara ekstrim seperti yang terdaftar di bawah:

  • Lingkungan terbesar: Lapan oktaf G2-G10, Georgia Brown, dari Brazil (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : G10 (25087Hz), Georgia Brown, dari Brazil
  • Lingkungan terbesar: Enam oktaf, Tim Storms, dari USA (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : C#8, Adam Lopez, dari Australia (Lihat di sini)
  • Nota vokal terendah : B-2 (minus 2, 2 oktaf di bawah grand staff) (7.7Hz), Tim Storms, dari USA

Rujukan

Pranala Wikipedia Bahasa Inggris

Pranala luar

Kembali kehalaman sebelumnya