8 Januari merupakan hari kelapan dalam takwim Gregorius . Tinggal 357 hari (atau 358 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Lahir Kim Jong-un di Korea Utara .
Peristiwa
RMS Ratu Mary 2
630 - Hari Pembukaan Kota Mekah , yang mana Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat nabi seramai 10,000 orang masuk ke kota suci Mekah manakala Quraisy Mekah menyerah kalah dan memeluk Islam .
871 - Pertempuran Ashdown - Ethelred dari Wessex menewaskan tentera penceroboh Denmark .
1198 - Lotario de Conti menjadi Paus Innocent III . Tindakannya yang pertama ialah memulihkan kuasa paus di Rom .
1297 - Negara Monaco merdeka.
1499 - Louis XII dari Perancis meratukan Anne dari Brittany .
1734 - Persembahan perdana Ariodante oleh George Frideric Handel berlangsung di Royal Opera House , Covent Garden .
1746 - Bonnie Prince Charlie menduduki Stirling .
1790 - George Washington menyampaikan Ucapan Keadaan Kesatuan pertama di Bandar Raya New York .
1806 - Cape Colony menjadi jajahan British .
1811 - Pemberontakan hamba diketuai Charles Deslandes di St. Charles dan St. James, Louisiana .
1815 - Perang 1812 : Angkatan Amerika Syarikat pimpinan Jeneral Andrew Jackson menewaskan Tentera Darat British dalam Pertempuran New Orleans , dua minggu selepas pemeteraian Perjanjian Ghent .
1835 - Hutang awam Amerika Syarikat menjadi kosong buat julung kalinya.
1838 - Alfred Vail mencuba telegraf dengan menggunakan titik dan palam (inilah perintisan kod Morse ).
1863 - Perang Saudara Amerika : Petempuran Springfield Kedua
1867 - Lelaki Amerika keturunan Afrika dikurniakan hak mengundi di Washington, D.C.
1889 - Herman Hollerith menerima paten untuk mesin jadual elektriknya.
1900 - Presiden William McKinley mengisytiharkan pemerintahan tentera di Alaska .
1912 - Kongres Kebangsaan Afrika diasaskan.
1916 - Perang Dunia Pertama : Tentera Berikat berundur dari Gallipoli .
1918 - Presiden Woodrow Wilson announces his "Fourteen Points " for the aftermath of World War I.
1926 - Abdul Aziz Al Sa'ud menjadi Raja Hijaz lalu menamakan tanah kedaulatan baginda sebagai Arab Saudi .
1940 - Perang Dunia Kedua : Britain melancarkan catuan makanan.
1956 - Operasi Auca : Lima orang mubaligh A.S. dibunuh oleh kaum Huaorani di Ecuador tidak lama selepas berhubung dengan mereka.
1959 - Revolusi Cuba pimpinan Fidel Castro berakhir dengan penawanan Santiago de Cuba .
1961 - Di Perancis , satu pungutan suara mendukung dasar-dasar Charles de Gaulle di Algeria .
1962 - Lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dipamerkan di Amerika Syarikat buat julung kalinya di Galeri Seni Kebangsaan di Washington, D.C.
1964 - Presiden Lyndon B. Johnson mengisytiharkan "Perang Menentang Kemiskinan " di Amerika Syarikat.
1973 - Misi angkasa Soviet Luna 21 dilancarkan.
1973 - Skandal Watergate : Bermulanya perbicaraan tujuh orang lelaki yang dituduh masuk tanpa izin ke dalam ibu pejabat Parti Demokratik di Watergate .
1979 - Kapal tangki Betelgeuse meletup di Teluk Bantry , Ireland .
1982 - AT&T agrees to divest itself of twenty-two subdivisions.
1989 - Penerbangan 092 British Midland jatuh terhempas di tambak lebuh raya M1 berhampiran Kegworth , Leicestershire , UK, mengorbankan 47 orang.
1989 - Akihito menaiki takhta Jepun, bermulanya zaman Heisei .
1994 - Angkasawan Rusia Valeri Polyakov menaiki Soyuz TM-18 berlepas ke Mir . Beliau menetap di stesen angkasa tersebut selama 437 hari di angkasa sehingga 22 Mac 1995 .
1996 - Sebuah pesawat berkuasa turboprop kargo Antonov 32 terhempas di pasar utama di Kinshasa , Zaire , lalu mengorbankan 350 nyawa.
2002 - Presiden George W. Bush menandatangani Akta Tiada Anak Ketinggalan .
2004 - Kapal penumpang terbesar ketika itu, RMS Queen Mary 2 (gambar) dinamakan oleh Ratu Elizabeth II , cucu Ratu Mary .
2006 - Gempa bumi bermagnitud 6.9 dan berpusat berhampiran Pulau Kythira di Greece melanda kebanyakan kawasan negara ini dan juga terasa di seluruh kawasan timur Laut Mediterranean .
2008 - New Jersey secara rasminya menjadi negeri Utara AS pertama yang meminta ampun atas kegiataan perhambaan zaman silam.
2010 - Bas yang membawa pasukan bola sepak Togo ke Piala Negara Afrika 2010 diserang di Cabinda hingga mengorbankan tiga orang, menyebabkan pasukan itu menarik diri.
2010 - Beberapa gereja di Malaysia diserang dipercayai berkaitan dengan pertikaian undang-undang mengenai penggunaan nama Allah dalam konteks Tuhan Kristian .
2011 - Di Tucson , Arizona , Jared Lee Loughner menembak sebuah mesyuarat umum anggota Dewan Perwakilan A.S. Gabrielle Giffords , mengakibatkan enam maut dan 12 cedera.
Kelahiran
Junichiro Koizumi
Kematian