Share to:

 

September

01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30  
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

September ialah bulan kesembilan dalam satu tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari.

September bermula pada hari yang sama dengan Disember pada setiap tahun. Ekuinoks September berlaku pada bulan ini.

Peristilahan

Nama bulan ini berasal daripada bahasa Latin septem "tujuh" yakni bulan ketujuh dalam takwim Romawi yang pernah digunakan sehinggalah 451 SM.[1]

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Kanyayon" (Jawi: كنيايون, menyerap Bahasa Thai: กันยายน kanyaa-yon) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Perawan dilambangkan bayangan seorang pemudi atau kanyā.

Rujukan

  1. ^ H.H. Scullard, Festivals and Ceremonies of the Roman Republic (Cornell University Press, 1981), p. 84; Gary Forsythe, Time in Roman Religion: One Thousand Years of Religious History (Routledge, 2012), p. 14.
Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya